Sabtu, 29 Disember 2012

Kebosanan melanda

Saya tengah download citer i am legend..fuh...lama giler nak download. Menunggu dari petang tadi. Bosannyer...


Ni ngah pikir nak buat apa sambil-sambil menunggu ni.Em...mak dan abah ngah layan tengok tv. Tengok bola..huh..My dad favourite channel. Mak lak tengok internet di sebelahnya. Anak-anak (saya,ila dan ainan) buat hal masing-masing di ruang tamu. Ainan tengah layan movie dan facebook. Ila lak ngah layan handphone. Aku?? tentulah tengah layan nak buat post baru untuk blogku ini.

Nak cerita tentang apa pun di dalam blog ni, aku pun tak tahu. Banyak benda bermain di dalam fikiran tapi tu semua masalah. Malas nak pikir. Allah kan ada..DIA akan tolong kita selesaikan pabila masanya tiba. DIA akan bagi kita idea..  :) dan dalam sekelip mata je masalah kecik kecik ni akan settle. 

Masalah utama yang aku duk pikir sekarang ialah adik perempuanku atau gelaran nya (Exx).hehe. Duk di rumah ni, buat aku banyak pikir lak tentang dia. Bila duk di rumah sewa tak de lah pikir sekerap macam ni tentang dia. Dia tengah buat apa ye sekarang?Adakah adikku itu di dalam kesusahan sekarang? Semoga ALLAH sentiasa melindungi adikku itu.

Mungkin sebab di rumah ini, parents aku selalunya menyebut namanya. Sebab tu buat aku asyik terlalu memikirkan tentang dia.Kekadang rasa tak sanggup lagi menyimpan rasa ini, tetapi aku kena buat plan yang baik dan cantik supaya air muka semua orang dapat dijaga walaupun air mukaku sendiri "dah tak ada" untuk rumah ini. (maybe ni perasaan aku je. so korang jangan terima bulat-bulat apa yang aku tulis ni).

Aku pun tak pasti apa perasaan aku terhadap adikku. Jelous?Marah?Sakit hati?Kecewa? Em... macam macam ada (macam iklan/tagline kat astro lak suatu ketika dulu). Cukup sukar untuk aku luahkan semua di sini. Jadi aku hanya harapkan respond dan pandangan dari ila dan si dia yang ku sayang.

Jadi...untuk menghilangkan rasa yang macam macam itu, baik aku layan perasaan sendiri. Memikirkan benda-benda yang indah dan bahagia di dalam hidupku. Hidup ni terlalu singkat untuk dipikirkan masalah. Lagipun bukan namanya kehidupan kalau tiada masalah. So i must cheer up myself!! Dan pikirkan keletah-keletah si dia yang selalu mencuit hatiku. Lengok tariannya yang membuatkku sentiasa mahu tersenyum gembira. Kerana walau banyak masalah macam mana pun dia hadapi di dalam hidupnya, dia sentiasa memperlihatkan reaksi yang happy. Itulah dia..insan yang kusayang.. Dan ku kagum dengan sikapnya ini.
Terima kasih ALLAH,kerana mempertemukakan aku dengan dia. Dia sentiasa menceriakan suasana dengan sikapnya dan keletahnya yang giler-giler. I like it baby!! I like your attitude yang 'giler-giler" itu..





Read more...

Jumaat, 28 Disember 2012

Setahun sudah hampir berlalu

Sorry ya kawan-kawan. Saya dah lama tak update blog saya. Sebab sepanjang tahun ini,saya dapat tugas yang agak berat tapi alhamdulillah,saya berjaya melaksanakannya untuk tahun ini. Maklumlah..orang makan gaji.hehehe..Sekarang ni saya dah free sekejap.Tapi tak tahu sampai bila. Mungkin awal tahun depan,saya akan kembali sibuk. Harap kawan-kawan faham ya..

Tahun 2012 akan 'meninggalkan' kita dan 2013 hampir' menampakkan diri'nya..Dah setahun juga kita harungi banyak perkara bersama-sama tanpa ku sedari..Begitu cepat masa berlalu.


Banyak benda yang telah terjadi di dalam hidupku dalam setahun ini. Kupercaya, dia pun merasakan benda yang sama. Tapi yang paling menariknya, saya sudah ada teman untuk berbicara dan meluahkan segala rasa tentang dunia kerja dan dunia keluarga saya. Dan saya berasa bertuah kerana ada kamu di dalam hidup saya. Penasihat saya. Penegur saya di kala saya tidak sedar bahawa tindakan saya membawa kepada perkara/ tindakan yang kurang bijak. Terima kasih ya kamu kerana memberi peluang dan ruang untuk saya mengenali realiti dunia ini. :)

Teguranmu memang selalunya akan menghiris hatiku. hehehe..maklumlah saya ni perempuan, hati sensitip tak kena tempat. Walaupun diriku kasar orangnya macam lelaki..(malah kadang-kadang tu lebih ganas darimu.hahaha)..namun hatiku tetap hati seorang perempuan yang sensitip.heheh.Maafkan diriku kerana dirimu terpaksa melayan kerenah hatiku yang sensitip ini.





Read more...

Jumaat, 6 Julai 2012

My future mother in law (MIL) Insya allah

My MIL @ mak mintak nak berjalan-jalan minggu lepas.tapi sebab ada masalah teknikal, saya tak dapat memenuhi permintaanya, And now bila tahu je dia masuk hospital sebab ada penyakit baru, saya rasa very guilty..huhu...coz permintaannya tidak saya tunaikan serta merta..Kenapalah.saya tangguhkan pula ke minggu seterusnya. huhu.. menyesal pun ada sebab tak fulfill permintaan MIL dengan kadar segera..


em.. :( i hate this feeling... don't know what to do to help her feel better. i love her as much as i love my parents...Saya tak mahu mak sakit lagi.

Ayat-ayat mak yang meruntun hati saya ialah "Mak menyampah asyik sakit jer. Mak asyik susahkan orang je. Lepas satu penyakit,satu lagi penyakit datang..

Huhu... sedey sangat-sangat rasanya bila mak cakap macam tu. Rasa nak menitis air mata bila dengar mak cakap macam tu.Rasa tersekat kerongkongku mendengar kata-kata mak tu.. :( Saya yang mendengarnya pun rasa nak telan air liur pun payah..bayangkan pula perasaan WAS sebagai anaknya..huhu..lagi terseksa dan sesak nafas jadinya..

Sumpah demi Allah..mak tak pernah menyusahkan hidup saya. Mak dah macam mak kandung saya. Saya tak gembira kalau mak sakit..huhu.. Walaupun mungkin saya ni kurang mesra dengan mak sebab saya ni jenis tak tahu nak borak macam-macam topik dengan mak, tapi saya tetap sayang mak. Sayang yang teramat sangat!! 

Ya Allah...Kau ringankanlah penderitaan mak. Supaya dia sentiasa tabah dan sabar dengan dugaan penyakit-penyakitnya. Dan supaya diriku dapat menjadi menantunya dan dapat menjaganya sehingga bila-bila pun... Allah..kuatkan hati WAS dan titipkan semua kesabaran dalam dirinya agar dirinya kuat untuk Ibunya. 

WAS...sabar ya sayang.ni dugaan dari Allah..Saya faham perasaanmu sayang. Nanti bila kita dah kahwin, kita jaga mak sama-sama ya. Kita gembirakan hati mak. Bila mak happy, tentu hidup kita bertiga akan lebih gembira dan bermakna.


Read more...

Isnin, 30 April 2012

Masak

Tetiba hari ni saya nak bercerita tentang masak. Kalau ditanya pada saya, bukan saya tak minat nak memasak. Saya ada keinginan nak masak tetapi kekadang (selalunya..haha) masakan saya hanya untuk tekak saya jer..Kalau tekak orang lain, lain pula rasanya..hehe...Namun yang pasti saya ni 'kaki' makan..Tambah-tambah kalau ada makanan/ masakan yang sedap di depan mata. Memang bertambah-tambah lah jawabnya..

Saya menyimpan cita-cita untuk masak yang best-best untuk orang yang saya sayang. Masak macam-macam makanan dan mendapat 'tumbs up'(pujian) dari dia. hehe...(angan-angan minah jenin jer saya ni). Tapi satu yang saya tahu, dia pandai memasak. Bagi saya,dia sangat-sangat pandai memasak. Sedap giler masakan dier. Memang boleh menambat hati dan kalbu saya (eh ehh....siapa yang lelaki ni?saya ker dia?..ni dah macam  dah 'terbalik' je ni..hehehe :) 

Saya suka bila dapat makan masakan dari dia. Walaupun masakan tu masakan semalam malam ker, pagi semalam ker (masakan yang dia simpan dalam peti ais dan bagi kepada saya bila dia jumpa saya)..tapi saya boleh makan masakan dier berulang-ulang kali sebab memang sedap masakan dia. Allah kurniakan saya dengan bakal teman hidup saya yang pandai memasak. Tapi lagi sweet rasanya kalau saya pun terror bab memasak ni. Ley lah buat pertandingan memasak dengan dia..hahaha....Malangnya, saya memang fail bab memasak ni.Of course sebelum akad nikah dan kawen nanti, saya kena polish skill ini..At least saya kena tahu masak masakan kegemaran dia.

Begitulah istimewanya dan hebatnya dia di mata saya! Walaupun orang lain melihat dia sebagai seorang insan yang biasa-biasa sahaja tetapi bagi saya, saya melihatnya sebagai seorang yang hebat dalam bab-bab memasak. Bagi je lah apa pun bahan untuknya masak,insya allah dia akan boleh buat. Dia just campak-campak jer dalam kuali...hahah..

Sorry ya sayang sebab dapat awek yang tak pandai memasak..Masakan saya tak setanding sayang tapi saya akan cuba dan berusaha untuk menjadi suri rumah yang pandai memasak suatu hari nanti.. :)
 


Read more...

Isnin, 9 April 2012

Rasulullah

Rasulullah....Kekasih Allah...Ku bersyukur kerana dapat 'melihat' tempat tinggalmu..tempat Engkau menyebarkan dakwah dan agama Islam. Tempat Engkau bertungkus lumus menegakkan agama yang satu ini. 

Pilu ati ini..Ku tak pernah rasa sepilu ini.Pilu bila mengenangkan begitu banyak pengorbanan dan kepayahan yang Engkau curahkan untuk agama ini dan untuk umatmu. Tiada yang lebih layak menjadi kekasih Allah selain dari dirimu Ya Rasulullah. Begitu susah dan payahnya dirimu ketika menerima wahyu. Ku diberikan kesempatan untuk mendaki Gua Hira'.Terasa payahnya dan sukarnya namun kucekalkan ati dan kuatkan semangat untuk meneruskan perjalanan sehingga ke puncak sana. (mungkin sebab aku ni bukan atlet dan fit enough untuk mendaki secara tiba-tiba walaupun selalu mengimpikan hidup melakukan aktiviti lasak seperti mendaki) Pabila mendaki gua tersebut,ku terbayangkan saat-saat dirimu mendaki ke atas sana. YA ALLAH..begitu kuat nya dirimu..Begitu tabahnya atimu.Begitu semangatnya jiwamu..Saat ini, ku terasa lemahnya mental dan fizikalku..Jika difikir-fikirkan,apalah sangat mendaki gua hira' ini berbanding dugaan mu dalam menyebarkan Islam..Mendapat tentangan yang hebat dari kaum Quraisy.. 

Rasulullah...Engkaulah insan yang kedua ku sayang dalam hidupku kini..Kerana tanpamu, apalah agama yang akan aku anuti..Terima kasih kerana telah menyedarkan aku bahawa aku merupakan seorang yang beragama Islam. dan sesungguhnya islam itu adalah agama yang benar.Kerana ketika saya berada di Madinah dan Makkah, bermacam-macam 'bukti' yang menunjukkan agama yang sebenar-benarnya hanya satu.














Read more...

Isnin, 2 April 2012

Allah

Pemergianku menemui Rasulullah S.A.W. (kekasih Allah) dan ke rumah Allah telah dipermudahkan olehNya. Syukur Alhamdulillah...Syukur yang tak terhingga. Terima kasih Ya Allah di atas segala-galanya..Segala kesenangan, kepayahan, kemudahan dan kelemahan yang Allah kurniakan padaku..Ku bersyukur di atas segala rahmatMu dan nikmatMu yang telah dikurniakan dalam hidupku. Tiada yang lebih bernilai dalam hidupku selain dapat berada di sisiMu dan terasa dekat dengan Mu..Ketenangan yang Kau kurniakan padaku di sana tidak sama dengan ketenangan, kedamaian dan kegembiraan ku di bumi Malaysia. Tiada apa pun yang dapat dibalas dan diganti berbanding kasih sayangMu padaku umat dan hambaMu yang hina ini.

Ya Allah..bila diriku berada di Madinah dan Kota Makkah, diriku terasa sungguh aman, damai, tenang. Tidak pernah di dalam hidupku,ku terasa tenang seperti ini. Tak pernah walaupun sekali hidupku terasa nikmatnya berada di sisiMU. Sungguh!!Sesiapapun yang pernah berada di tempatku tentu turut akan mengakui kedamaian dan ketenangan yang Allah curahkan pada umatnya yang telah berkunjung ke sana. dan memang tidak mustahil andai ku bercita-cita untuk ingin terus berada di sisiMu di sana.

Dahulu jarang ku berasa rindu padaMU (Ya Allah..jahilnya hambamu ini.berdosanya aku!).Namun selepas diriku telah kembali ke Malaysia dan berada jauh dariMu, ku rasa rindu sangat padaMu..Tika dan saat ini, air mataku mengalir mengenangkan saat indah ku di sana.. (begitu mudah air mataku mengalir sedangkan dahulu ia tidak semudah ini terutamanya ketika aku teringatkanMu)

Ya Allah..permudahkanlah segala yang ku telah hajatkan padamu di sana.. walaupun ku sedar ku tak layak bersikap meminta-minta padaMu Ya ALLAH...

Tuhanku...kini selawat dan zikir yang ku mampu titipkan untuk mengembalikan kenangan-kenanganku di sana. Alhamdulillah,sehingga ke hari ini, aku masih melakukan selawat kepada kekasihMU dan Allah. Dan semoga aku tidak akan lupa untuk selawat dan zikir padamu setiap hari sehingga ke akhir hayatku di Malaysia.


Read more...

Jumaat, 2 Mac 2012

Sunyi

Sunyi office waktu lunch break ni..Terutamanya bila lunch break hari Jumaat. Maklumlah ari jumaat rehatnya panjang sikit dari hari-hari biasa.

Kuar dari bilik office je, tengok kiri kanan.Tak ada langsung orang..Memang sunyi giler..Sunyinyer aku rasa... Kekadang apabila sunyi kita rasa gembira. Gembira sebab boleh melakukan apa-apa tanpa ada orang akan memerhatikan gerak geri/ tingkah laku kita(perasan lah sangat!!saper lah nak perhati kan saya ni..hehe)

Namun apabila kita 'selesa' berada di dalam zon sunyi ini, kita akan mula rasa bosan. Rasa tak seronok.. Rasa macam tak tahu nak buat apa..Terasa macam mintak mintak lah ada orang lalu lalang di sini. Ley gak tengok atau senyum-senyum..hehehe.

Sunyi kekadang bagi ku mengajarku untuk muhasabah diri @ berfikir. Menilai baik buruk diri sendiri. Mengimbau kenangan kenangan bersama family dan insan-insan yang pernah hadir dalam hidup saya. Mengimbau tak semestinya rindu..Sungguh!!dalam hidupku kini cuma ada dia..Dia yang sentiasa ku sayang.Dia yang sentiasa ku rindu..Dialah segala-galanya dalam hidupku kini.. Walau ada ketikanya ku dan dia diam seketika dari berborak/berbual, namun ku tahu, kami amat sayangkan hubungan ini...Namun sudah adat manusia, sesiapa pun yang pernah muncul dalam diri mereka sama ada insan tu pernah berlaku baik atau sebaliknya kepada kita, kita tetap akan teringatkan mereka. Namun teringat itu bukan bermaksud sayang atau rindukan insan-insan tersebut.

Bila teringatkan dia, ku akan tersenyum. Teringatkan kenangan-kenangan dengan dia. Dia yang kini ku harapkan adalah jodohku, bakal suamiku, bakal abah kepada anak-anak kami.. :) Ku rindu... rindu dia.. Walaupun tiap-tiap hari kami berjumpa, namun pabila sunyi, ku akan teringatkan dia.. Rindu dengan gelagatnya..Keletahnya..senyumannya..(ku sentiasa mahu abadikan semua tingkah lakunya dalam minda dan sanubariku selalu..kerana ia akan buatku gembira dan ketawa sendiri pabila berjuahan darinya) kekadang, biarlah dia hanya membisu di depanku, namun ku tetap gembira..

Adakah aku terlalu ikutkan perasaan?? Perempuan?Eemmm..susah lari dari 'membuai' perasaan sendiri. Dan syaitan pun tahu kelemahan perempuan itu dan sentiasa menggoda perempuan untuk terus membuai perasaan mereka.. Walau ku cuba untuk tidak ikutkan perasaan 'membuai' itu, namun ku tewas juga. Tetapi sesungguhnya,itulah salah satu caranya untuk kunyatakan sayang dan cintanya aku kepada dia walaupun ungkapan itu diucapkan ku hampir setiap hari..

Sunyi tetap ada 'indahnya'.. Kerana dengan sunyi lah aku akan sentiasa ingatkan dia.Ingatan yang tak pernah pudar dan lupus kepadanya..Sekuat ingatan ku pada ALLAH,ibu dan ayahku,adik beradikku.Pilu atiku bila perlu berjauhan darimu sayang. Namun berjauhan ini pastinya akan menguatkan lagi ikatan kasih sayangku padamu (walau berjauhan itu cuma sehari atau separuh hari..separuh hari pun rindu??emm...giler ker aper aku ni!hehe). Percayalah sayang... Love you always sayangku...



Read more...

Khamis, 1 Mac 2012

Umrah

Saya akan mengerjakan umrah pada 7 Mac 2012 sehingga 23 Mac 2012. Fuh!!satu jangka masa yang lama. Perasaan di hati saya kini berbelah bahagi. Sedih bila mengenangkan saya perlu meninggalkan orang tersayang di Malaysia namun dalam masa yang sama saya rasa teruja @ gembira @ takut dan macam mana lagi apabila saya akan pergi ke rumah Nya dan menghadapNya..PENCIPTA YANG SATU..

Saya perlu kuatkan semangat dan  hati untuk berjauhan sementara dari si dia..Sabar lah wahai hatiku dan hatinya..Saya akan doakan sayang selalu di sana nanti. Saya akan doakan mak juga di sana. Saya akan doakan kebahagiaan kita banyak-banyak..

Sayang..ketahuilah...ku tak sanggup berjauhan darimu..Hidupku tak ceria tanpamu..(namun ku perlu kuat di depanmu walaupun atiku pun cukup sedih bila berjauhan darimu). Sayang, ku mahu kau tahu..Hidupku sungguh bermakna bila dirimu berada di sisiku (sebenarnya saat dirimu 'muncul' di dalam hidupku). 

Sayangku..tiada kata yang mampu ku ucapkan saat diriku akan berjauhan darimu.Namun hanya jasad saya yang berjauhan dari sayang.Ati saya akan sentiasa dekat dengan sayang walau di mana saya berada. Saat menjejakkan kaki ke sana nanti, andai saya 'terlupa' seketika kepada sayang (Kerana orang cakap kalau pergi sana, kita tak ingat dah yang di sini. Hanya ingat Allah saja), itu hanya kerana ingatan saya akan beralih lebih kepada ALLAH..Bukan kerana wujud insan lain di dalam hati saya.Dan saya faham bahawa sayang pun tentu akan mengerti situasi saya ini.

Sayang...banyak benda saya nak cakap dengan sayang. Tentang kesepian saya nanti.Tentang kesunyian saya. Tentang perlunya sayang di dalam setiap 'langkah' saya. Namun saya perlu utamakan Allah.Kerana dengan kuasa Allah jugalah kita berjumpa.dan ketahuilah saya ke sana untuk kita.Supaya kita mendapat 'kuasa' Allah agar hubungan kita nanti akan mendatangkan lebih rezeki, lebih ceria, lebih dirahmati dan lebih diberkati olehNya.Kerna dengan 'kuasa' DIA sahajalah apa-apa yang mustahil di dunia ini akan berlaku dengan izinNya.

Sayang..mahu ku kucup tanganmu puas-puas..Moga kau maafkan aku sepanjang perkenalan kita. Saya tak tahu nasib saya di hadapan Nya lagi (entah balik ke Malaysia semula ataupun tidak). Tapi saya mahu kamu tahu yang aku sayang bangat sama kamu. Terlalu mencintaimu..

Terima kasih kerana sering mengungkapkan kata-kata cinta kepadaku. Walaupun ku tahu kau bukan jenis suka cakap madah-madah cinta namun kata-kata cintamu tersusuk dalam ati dan sanubariku.Kerana kekadang bila dirimu mengungkapkan ia, ku terasa mahu mengalir air mataku. Ku berasa syahdu dan sayu..Namun dalam masa yang sama ku gembira kerana kata-kata itulah pemberi semangat untukku saat ku terasa 'dibuli'..(hehehe)



Read more...

Khamis, 16 Februari 2012

Maafkan saya sayang...

Saya sayang dia..Saya faham perasaan dan situasi dia. Perasaan serba salah yang dia cerita pada saya.. Maafkan saya. Bukan niat saya untuk melontarkan suara mengada-ngada atau kebudak budakkan itu apabila berbincang tentang perkara yang serius dengan dia..I'm sooo sorry dear


Dia lelaki dan seperti apa yang dia cakap lelaki akan pikir sesuatu perkara itu sedalam dalamnya sebelum membuat sesuatu keputusan. Tambah-tambah apabila keputusan itu akan melibatkan banyak pihak terutamanya family saya.

Ketahuilah sayangku, saya sedih..Sedih mengenangkan abah mak saya..sedih mengenangkan setiap kata-kata sayang pada saya tentang ia. Setiap kata-katamu benar-benar belaka..Saya tak ragui dan tak sangsi kebenaran kata-katamu, sayangku..

Maafkan saya sayang...Sukar untuk saya ungkapkan ini. Kalau termampu ungkapkan pun, ianya dalam nada yang perlahan.. Sorry!! Walaupun kata-kata maaf ini tak mungkin akan mengubah lukanya dan pedihnya atimu melihat reaksiku yang begitu, tapi tiada perkataan yang lebih manis dari maaf...

Sayang..ku berjanji akan menjaga cinta kita selalu..Ku berjanji takkan benarkan yang lain bertakhta di hatiku.. Semoga dia mengerti bahawa diriku memang memerlukan dia dalam hidupku untuk selama-lamanya...

Saya tak nak bergaduh dengan sayang.Maybe nada saya yang tinggi itu 'mencabar' sifat lelaki padamu,namun saya minta maaf. Saya berjanji untuk berubah walaupun perubahan itu akan memakan masa yang lama.


Read more...

Isnin, 13 Februari 2012

Mak...

Saya sudah lupa sejak bila saya mengenal mak dia. Pada ketika itu umur maknya genap 70 tahun(pada tahun 2011). Mak dia yang saya kenal seorang wanita yang kuat. Kuat semangat dan seorang yang sangat baik..Saya memanggil mak dia dengan panggilan mak juga.Kerana saya turut menganggap mak dia sebagai mak saya. Dan saya sebagai ‘orang luar’ sangat sayangkan mak sepertimana saya turut menyayangi mak dan abah saya. Saya hormat pada mak dia.. (malah mungkin saya lebih hormat mak dia berbanding dirinya.hahaha)

Saya sedar,syurga dia di bawah kaki mak dia..dan sekiranya ada jodoh dia dan saya,mak dia juga akan jadi 'syurga' buat diri saya. Memang mak ada penyakit (darah tinggi,kencing manis,sakit jantung) tetapi penyakit itu masih boleh dikawal sekiranya mak dijaga makan dan minumnya.. Mak pun rajin pergi ke klinik dan hospital bagi memenuhi temujanji dengan doktor walaupun kekadang mak ‘penat’ dan tak larat ke klinik kesihatan setiap minggu. Dan saya rasa ia sesuatu yang normal sekiranya pabila kita sudah tua,kita akan diserang pelbagai jenis penyakit walaupun kita telah menjaga kesihatan kita di masa muda kita. kerana ini semua(kesihatan dan kesakitan) ketentuan dari Allah.

Saya suka bawa mak berjalan-jalan.Sebab saya pun ‘kaki jalan’ gak..Walaupun mak sudah tidak berapa nak larat berjalan,tetapi mak tetap bersemangat untuk ‘melihat dunia luar’. Saya tidak kisah malah gembira bila keluar ‘dating’ dengan membawa mak sekali. dan sejujurnya,saya suka bila melihat dia dan mak dia berborak-borak. Saya rasa bahagia walaupun saya sendiri tak pasti kenapa saya rasa begitu.

Sejak tahun 2012 ni,sudah hampir sebulan lebih saya tidak berjumpa dengan mak. Namun kami bukan bermasam muka tetapi saya sendiri sibuk dengan urusan saya. Dan tetiba pada 11/2/2012 iaitu pada hari Sabtu,dia memaklumkan kepada saya yang mak sakit. Tetiba mak ‘tak nampak’. Seolah-olah pandangan mak kabur. Saya terkejut!! Dan bermacam-macam benda bermain di dalam fikiran saya. Namun saya tidak putus-putus berdoa semoga tidak ada apa-apa yang berlaku pada mak. Cemasnya saya pada waktu tu. Nak buat apa kerja pun tak jadi. Saya teringatkan mak..saya teringatkan dia..

Setibanya dia di rumah yang mak duduki, dia memaklumkan bahawa dia sedih melihat mak..Dan yang paling sedih sekali,mak seolah-olah seperti budak 5 tahun.Mak tersenyum jer dan mak tidak kenal sesiapapun kecuali dirinya. Muka mak bengkak teruk. Ya Allah…’gugur’ hati saya bila mendengar berita ini..Namun doa saya tak putus-putus untuk mak.

Saya tak sanggup kehilangan mak..Dan yang lebih pilu ialah dia…Saya tak sanggup melihat dia sedih dan bermuram kerana melihat mak begitu. Saya tahu dia amat-amat sedih dan serba salah..Saya tahu dia rasa terkilan.Kerana mak lah salah satu darah dagingnya yang paling rapat dan akrab dengannya. Tempat dia bergantung dan berkasih sayang.Tempat dia mencurahkan pahit dan manis mengenai kehidupan ini.malah dia mengharungi segala kesedihan atau kepahitan hidup selama ini bersama-sama mak.

Mak didukung ke dalam kereta oleh dia dan dihantar ke hospital. Mak masuk wad kecemasan. Doktor merawat mak. Dan akhirnya...Mak kesayangan dia dan saya pulih seperti sedia kala. Mak dah kenal orang sekelilingnya.Fuh…Alhamdulillah…syukur padamu Allah!! Terima kasih Allah.. Saya rasa lega yang teramat. Rasa seolah-olah batu yang tadi menghempap saya telah berjaya ditolak ke tepi. Perasaan syukur, gembira kerana mak telah pulih dari ‘mimpi’ itu.

Semalam (Ahad), saya telah melawat mak di hospital. Saya gembira kerana mak telah sihat seperti biasa. Mak dah boleh bangun dari katil tanpa sebarang bantuan. Mak dah boleh makan, minum dan melakukan aktiviti-aktiviti seperti orang yang sihat.. Saya happy sangat-sangat!! Gembiranya hanya Allah sahaja yang tahu. Dan saya telah memeluk dan mencium pipi mak. Menyatakan padanya supaya cepat sembuh agar selepas ni boleh lah kita pergi berjalan-jalan lagi.. J Alhamdulillah…TERIMA KASIH ALLAH..


Read more...

Khamis, 9 Februari 2012

Pasrah..

Aku menerima segala apa yang telah dan akan terjadi di dalam hidupku dengan hati yang redha dan pasrah. Dan apa pun yang akan berlaku kelak dalam hidupku baik dari segi kehidupan sosial, kerjayaku dan amal ibadatku,aku perlu pasrah dan tabah. Belajar untuk menerima ketentuan Allah. Kerana tidak semua benda di dalam hidup ini yang kita mahu dan suka, kita akan dapat. Kerana hanya YANG MAHA AGUNG sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya ini.

Pasrahku hanya akan muncul selepas ku berusaha..setelah ku jatuh dan berusaha lagi. Semoga Allah menetapkan hatiku untuk terus mensyukuri nikmat Allah dan tidak jemu untuk berusaha. Semoga diriku akan menjadi insan yang tabah, pasrah dan redha dengan segala-segalanya dalam hidupku.

Biar apa pun terjadi nanti, aku tahu..ALLAH sentiasa ada di sisiku..DIA akan sentiasa menjagaku.DIA akan terus memandangku tanpa rasa jemu..DIA tak akan terlepas pandang mengenai hambanya yang ini. DIA hanya ingin menguji dan terus menguji hambanya ini. DIA mahu hambanya ini kuat dari segi emosi dan mental kerana DIA tahu hambanya ini memang lemah dari segi itu..

Semoga kegembiraan yang DIA hadiahkan untuk hambanya ini takkan membuatkan hambanya ini alpa dan lupa padaNYA..Semoga kesedihan yang DIA kirimkan untuk hambanya ini takkan membuatkan hambanya ini 'lari' dari taat dan kasih kepadaNya serta menyalahkan diriMU Tuhanku..

Ya ALLAH..Kau satu-satunya yang mampu menjadi penunjuk dan petunjuk arah kepadaku..Tempat ku sandarkan hidup dan matiku..Tempat ku mengadu siang dan malamku. Tempat ku meluahkan apa sahaja kegembiraan dan kesedihan dalam hidupku. Kau titipkanlah seseorang di dalam hidupku untuk dijadikan peneman dan pendamping di sisiku. Semoga kehadiran insan yang bergelar lelaki akan membuatkan hidupku sentiasa mengenangMU...

Andai dia adalah pemilik tulang rusukku, aku menerima dia seadanya (baik dari segi kekurangan dirinya mahupun kelemahan dirinya) tanpa aku perlu menyiasat kisah silamnya. Kerana ku tahu, ALLAH telah hadiahkan sesuatu (dia yang ku sayang) yang sesuai dan yang terbaik untuk diriku.Namun sekiranya dia bukan jodoh yang telah tertulis sejak azali buat diriku, aku pasrah kerana ku tahu diriMU Tuhanku Yang Maha Mengetahui.. :)






Read more...

Isnin, 30 Januari 2012

Januari 2012

Bulan ini bulan yang 'manis' bagi saya.. Bulan yang sukar untuk saya tinggalkan kerana terlalu banyak kenangan indah dan manis di dalam bulan ini..Semoga bulan Februari akan terus 'membahagiakan' diri saya dan dia.


Walaupun kadang-kadang hati saya berbelah bahagi kerana bimbangkan dirinya akan dicintai oleh wanita lain namun saya hanya seorang wanita.Yang kekadang terbit rasa cemburu. Cemburu kerana sayangkan dia. Cemburu kerana 'melihat' kesetiannya pada dia walau masa mereka berdua telah berlalu. 

Namun, saya perlu ingat! Saya hanya manusia.. Yang tak mungkin dapat membaca dan meramal apa yang akan terjadi suatu hari nanti. dan saya akan terus cuba sedaya upaya untuk tidak memikirkan hal-hal yang negatif kerana perkara negatif ini hanya akan merosakkan sesebuah perhubungan. Apa yang penting untuk saya sekarang ini ialah saya akan terus setia dengannya dan terus menyayanginya. Kerana saya tahu di dalam hatinya,saya sentiasa dekat. :) Dan ia sudah cukup untuk saya berasa bersyukur dan berterima kasih pada si dia kerana dia sudah cuba memberikan perhatian dan kasih sayang dia untuk saya..

Saya hargai kehadiran dia dalam hidup saya. Saya bersyukur sangat-sangat pada Allah kerana 'pertemukan' kita. Walau apa pun rintangan dan halangan yang akan berlaku dalam hidup kita, saya akan sayangkan dia sama seperti mana saya sayangkan mak dia dan keluarga saya sendiri.

Sayang,kehadiranmu dalam hidup saya membuatkan saya jadi makin kuat dan semangat. Bersemangat untuk mengharungi hari-hari yang akan datang dalam hidup. Saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaan diri saya tanpa dirinya. Seolah-olah saya akan 'mati' tanpa dirinya. Mungkin seolah-olah seperti manusia tak bernyawa. atau mungkin mati jiwa saya kerana tidak dapat melihatnya dan bercakap serta berborak dengannya.

Terima kasih cinta..Terima Kasih Pemberi Cinta ini (ALLAH) kerana telah menganugerahkan dirinya untuk saya sayangi. Menganugerahkan dirinya adalah satu rahmat dalam hidup saya. Dan saya menghargai setiap saat ini. Anugerah untuk disayangi dan dicintai. dan bukan anugerah untuk dimiliki mutlak kehidupannya.. Kerana hanya ALLAH berkuasa dan Allah mempunyai hak mutlak ke atas setiap manusia di muka bumi ini..

Walaupun kita sebagai manusia tak pasti apa yang akan terjadi nanti, namun saya tetap akan berusaha untuk menjaga dirinya,perasaannya sepertimana dirinya sering menjaga dan menasihati saya.. Kita akan bersatu jua suatu hari nanti.. :) dan saat itu akan jadi saat yang paling manis dalam hidup saya.Sepertimana manisnya hidup saya sekarang dengan adanya dirinya di sisi saya.. 


Read more...

Cinta...

Hidup tidak selalu indah..cinta tidak selalunya memiliki dan dimiliki..Untunglah pada sesiapa yang saling mencintai dan dicintai serta hubungan mereka berakhir sebagai suami dan isteri.


Bahagia itu terlalu subjektif. Cinta pun subjektif. Ku bahagia bila dia bahagia.. Namun sekiranya bahagia dia itu bersama-sama orang lain, aku tetap akan bahagia. Bahagia bagi pihaknya..  Ku takkan marahkan dia. Ku takkan salahkan dia. Kerana ku tahu dia sudah cuba untuk menjadi yang terbaik untuk semua orang di sekelilingnya termasuk untukku..Hati dan perasaannya,hanya dia sendiri yang tahu siapa yang di hatinya.

Aku faham..dia pernah menderita.dia pernah disakiti.Dia pernah dilukai. Malah dia terlalu penat disakiti,dilukai..dan dia tak pinta semua ini berlaku di dalam hidupnya. Dia berhak mendapatkan kebahagiaan itu walau dengan sesiapa pun.. Aku pasrah. Aku redha dan aku tak salahkan takdir atas semua yang terjadi ini.. Namun aku tetap bersyukur. Di beri peluang menyayangi dan mencintainya. Kerana dirimu begitu berharga untuk dilukai..untuk dikhianati dan untuk disakiti..

Aku sayang kamu.. Terlalu sayangkan kamu..Aku ingin dirimu bahagia..Aku ingin melihat senyum mu yang 'puas' kerana dapat merasa bahagia walaupun ia mungkin sudah atau agak lewat (jika diukur dari segi usia).

Carilah dan kejarlah kebahagiaan dalam hidupmu kerana diriku takkan pernah menghalang dirimu. Diriku akan sentiasa menyokong setiap tindakanmu. Menyokongmu dari dulu lagi..sejak diriku bergelar 'adikmu'..Diriku takkan mempersoalkan setiap langkah dan tindakanmu..Diriku tahu kau mampu mendapatkan apa yang kamu mahu.

Dan percayalah..doaku sentiasa untukmu..Setiap detik dan setiap saat..  :) i'm really happy for u.. and good luck for u in the future.


Read more...

Jumaat, 20 Januari 2012

Syukur padaMu Tuhanku Yang Satu

Allah..

Terima kasih banyak-banyak..Syukur padaMu kerana banyak memberi nikmat dan rahmat pada diriku. Saya gembira..Saya bahagia. 

Ada banyak sebab untuk saya berasa bersyukur dan bergembira dengan hidup saya sekarang ni. Allah temukan saya dengan dia..Dia pelangi dalam hidup saya. Dia sinar matahari untuk saya. Dia mesin basuh saya.hahaha...

Sesungguhnya..Allah telah memberikan diri saya nikmat dan kegembiraan. Sudah jarang saya nak buat muka sedih atau muncung atau masam. Saya sendiri sudah dapat merasakan perubahan itu. Sekarang saya selalu ketawa (kekadang ketawa saya sangat-sangat kuat sampai dia suruh saya slow down the volume), gembira dan ceria. Dan saya yakin..dia juga nampak perubahan air muka saya yang satu ini..Kekadang sahaja saya sedih (namun bagi saya,itu normal sebab saya ni manusia). Tapi sesungguhnya,saya tidak pernah sedih kerana kesempitan hidup yang saya hadapi waktu ini. Saya tidak sedih kerana kekurangan dana. Malah saya lebih bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang. 

Ya Allah..semoga hubungan kami mendapat restu dan redha Mu.Kau satukanlah hatiku dengan hatinya..Kau permudahkanlah urusan kami untuk mendirikan masjid. Semoga Allah merealisasikan mimpi kami untuk disatukan mengikut jalan yang diredhai olehMu.Amin... =)



Read more...

Khamis, 19 Januari 2012

Sayang kamu!!

Saya sayang kamu..sangat-sangat sayangkan kamu.. Sanggup bersusah dan senang keranamu dan bersamamu. Walaupun susah, tapi saya tahu, hati saya akan gembira dan bahagia asalkan ada kamu di sisiku.


Apa istimewanya kamu di mataku? Entah la..kekadang saya sendiri pun tak faham.Kenapa saya boleh menyintai seseorang sekuat ini? dan saya yakin kamu juga kerap terfikir perkara yang sama tentang diriku. Cuma kamu tidak menyatakannya kepada diriku.. Saya kagum dengan diri saya sebab saya boleh jadi sekuat @ setabah@ secekal ini untuk mengharungi ini semua bersamamu. 

Dulu,diriku selalu bertanya..kenapa kamu suka saya. Adakah kerana saya suka kamu?atau adakah kerana kamu kesian kat saya?atau adakah kamu rasa 'perlu'nya ada kamu di sisi saya? Dan kini..diriku sudah tidak kisah/ peduli untuk mengetahui sama ada dirimu menyayangi diriku kerana apa..Kerana bagiku, itu semua tidak penting. yang penting dirimu sentiasa dekat di hatiku 

Apa yang penting untukku sekarang, asalkan dirimu bahagia. Asalkan dirimu gembira. Itu sudah cukup untuk buat diriku terasa turut bahagia dan gembira. Jika dirimu bahagia dan gembira, sesungguhnya diriku juga turut bahagia dan gembira.



Read more...