Ahad, 27 Januari 2013

Bahagia..

Satu istilah yang menggambarkan perasaan gembira.  Banyak sebab untuk kita merasa bahagia. Sebab yang utama, kerana Allah panjangkan umur kita. Allah yang sentiasa bersama saya 24jam/7hari seminggu dan memberikan nikmat yang banyak kepada manusia seperti saya. Bahagia ni subjektif. Melihat orang lain merasa gembira dan bahagia pun boleh membuatkan kita merasa bahagia. Yang mana kadang kala rasa nikmatnya lebih banyak dari rasa nikmat yang sedang kita rasa.

Melihat kawan-kawan telah berkeluarga dan ada anak-anak. Melihat adik-adik mendapat 'rezeki lebih' dari ibu bapa. Walau mungkin dulu ku rasa jelous / cemburu, tetapi lama kelamaan ku rasakan tak guna ku rasa cemburu. Ia akan membuatkan diriku berasa sengsara dan terseksa. Cemburu itu mungkin dari hasutan syaitan. (hehehe..)

Sekarang....aku sudah mula dewasa. Aku perlu lebih bersikap positif dan berfikiran matang. Aku perlu ubah sedikit-sedikit sifatku yang dulu kepada sifat yang lebih positif. Aku sudah boleh menukar rasa cemburu itu kepada rasa bahagia. Bahagia melihat orang sekeliling rasa bahagia. Itu lebih nikmat. Percayalah kawan-kawan!

Tak guna berasa cemburu dan bersikap negatif. Kerana ia akan memakan diri kita sendiri. Yang sakitnya kita. Bukan orang yang kita berasa cemburu itu. Kelak, kita juga yang susah sebab perasaan negatif itu akan memakan diri sendiri..Sakit hati ialah penyakit yang parah. Yang makin lama kalau kita biarkan ia akan boleh menjadikan kita gila. Dan tiada ubat yang boleh merawat sakit hati. Hanya perlu muhasabah diri dan mempunyai kesedaran untuk merawat sakit itu sendiri.

So..cheer up guys!Look at other side when something happens to our life. Bersifat pemurahlah untuk membuatkan orang lain merasa bahagia.. Ingatlah..kalau itu memang rezeki kita, Allah akan berikan jua ia kepada kita. Yang penting berusaha dan berdoa.


Read more...

Campur Campur

Aku bertuah...dilahirkan ke dalam sebuah keluarga yang x kaya dan x miskin..hidup sederhana.mungkin ada di pejabat,nampak aku dari orang yang 'berada'. Maklumlah...bapaku berjawatan tinggi.tapi rata rata orang yang kenal aku,aku x lah se'berada' bapaku tambahan pula dari segi penampilan luaran (pakaianku).. Jujur ku katakan,bajuku bertukar ganti 2minggu sekali.hehe...aku suka berpendirian 'yg kaya itu bapaku,bukan aku'.

Aku lebih suka orang kenal aku apa adanya diriku.tak mahu berselindung di sebalik bapaku atau mamaku..bkn mereka orang kaya,dato/datin.malah mereka mencari nafkah seperti bapa dan mama teman temanku yang lain.

Ku akui...semua yang ada di rumah ini hak milik bapa dan mamaku.bapaku yang telah berusaha keras untuk berjaya mendirikan 'masjid'nya dengan tulang empat keratnya.bapa dan mama seorang yang susah di waktu kecilnya. Namun mereka tentu berbangga sekarang punya ruang untuk 'bernafas' kerana usaha mereka berjaya. Aku punya impian mahu berjaya seperti mereka.aku punya impian untuk hidup bersama sama dia.bersusah senang mencari wang untuk membina 'masjid' kami tanpa kami membelakangkan agama dan Allah..moga perjalanan kami nanti dipermudahkan oleh Allah. Moga Allah permudahkan segala usaha kami berdua.moga hati kami berdua disatukan dan moga kami mendapat apa yang dihajati.hidup kita sebagai manusia salah satunya untuk kita berdoa.bergantung hidup pada Allah.berharap dan berdoa pada Allah...ku kan terus berdoa dan berdoa..moga ada sinar walau ia di hujung nyawaku..


Read more...

Isnin, 14 Januari 2013

Impian 2013

Tahun lepas ada 2 impian saya yaang tercapai:memiliki kereta sendiri dan tinggal bujang bersama kawan. Namun ada 2 impian yang tidak tercapai.huhu.. walaubagaimanapun,saya tetap bersyukur padaNya ;-) Tahun ni ada impian tambahan yang saya nak.nak lebih berjaya...nak buat kerja yang lebih mendapatkan wang.sebab nak kahwin.. :-) saya nak buat kerja yang mendapat keuntungan yang banyak dan masa kerja yang lebih fleksible.kerja yang mungkin akan mencabar pada mulanya.tp lama kelamaan ia akan lebih mudah dan ongkosnya pun masyuk bila saya dah mahir selok belok business ni.harapan saya semoga segala perancangan saya untuk business ni akan berjaya! Semoga allah mempermudahkan urusan saya ini.Insya allah..


Read more...

Ahad, 13 Januari 2013

Yeah!!!

Sekarang ni sy dah ada handphone android...dah boleh install new post di blog saya bila bila masa dengan ada aplikasi ni...thanks to my sayang coz belikan hanphone baru kat saya.thanks ya syg... :-)


Read more...