Jumaat, 28 Disember 2012

Setahun sudah hampir berlalu

Sorry ya kawan-kawan. Saya dah lama tak update blog saya. Sebab sepanjang tahun ini,saya dapat tugas yang agak berat tapi alhamdulillah,saya berjaya melaksanakannya untuk tahun ini. Maklumlah..orang makan gaji.hehehe..Sekarang ni saya dah free sekejap.Tapi tak tahu sampai bila. Mungkin awal tahun depan,saya akan kembali sibuk. Harap kawan-kawan faham ya..

Tahun 2012 akan 'meninggalkan' kita dan 2013 hampir' menampakkan diri'nya..Dah setahun juga kita harungi banyak perkara bersama-sama tanpa ku sedari..Begitu cepat masa berlalu.


Banyak benda yang telah terjadi di dalam hidupku dalam setahun ini. Kupercaya, dia pun merasakan benda yang sama. Tapi yang paling menariknya, saya sudah ada teman untuk berbicara dan meluahkan segala rasa tentang dunia kerja dan dunia keluarga saya. Dan saya berasa bertuah kerana ada kamu di dalam hidup saya. Penasihat saya. Penegur saya di kala saya tidak sedar bahawa tindakan saya membawa kepada perkara/ tindakan yang kurang bijak. Terima kasih ya kamu kerana memberi peluang dan ruang untuk saya mengenali realiti dunia ini. :)

Teguranmu memang selalunya akan menghiris hatiku. hehehe..maklumlah saya ni perempuan, hati sensitip tak kena tempat. Walaupun diriku kasar orangnya macam lelaki..(malah kadang-kadang tu lebih ganas darimu.hahaha)..namun hatiku tetap hati seorang perempuan yang sensitip.heheh.Maafkan diriku kerana dirimu terpaksa melayan kerenah hatiku yang sensitip ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan