Selasa, 29 November 2011

Kerana mulut badan binasa!!


Saya keluar makan dengan dia tengah hari ni macam biasa..Tapi ari ni saya kena marah sebab mulut saya sendiri. (mulut saya jahat dan bucuk!!) Bercakap tanpa terlebih dahulu berfikir kesannya kepada orang yang mendengar kata-katanya.. Dia terguris dan kecil hati. Saya tahu itu.. dan walau sebanyak mana pun saya minta maaf dari dia dan dia maafkan saya, hatinya tetap sudah terguris dan terhiris dengan kata-kata saya tadi.

Apa yang saya katakan padanya? Saya mengambilnya di tepi carefour. Menunggunya tak sampai 5 minit. Tapi disebabkan sikap saya yang tidak sabar saya terus angin satu badan. Dia naek jer kereta, saya cakap ' ingatkan beli air je..tup tup ada roti sekali'.. awak tipu saya ya..cakap nak beli air jer.. Hatinya terguris dan terhiris bagai sembilu bila saya cakap dia penipu. Dia terasa hati. Hatinya itu terguris. Sampai hati saya cakap macam tu kat dia. Sampai ati saya buat macam ni kat dia. Berkata-kata tanpa melihat kesannya kepada dia. Dia mula cakap yang selama ni saya buat macam-macam kat awak tapi awak cakap saya ni penipu. Respect la sikit saya ni.Saya ni lebih tua dari awak.. em...saya yang bodoh!saya yang bersalah!! dah banyak kali kena tegur, tapi saya buat lagi perkara yang sama. 

Saya tahu dia kecewa dengan sikap saya ini.. Saya sendiri pun kecewa sebab lancang sangat mulut saya menuturkan kata-kata tanpa berfikir terlebih dahulu. Mana la saya letak otak dan akal saya waktu begini ya.. 

Saya bukan seorang yang penyabar. Memang saya ni panas baran..Cepat melenting dan angin satu badan. Siapa lah yang mampu bersabar dan tahan dengan perangai saya.. Baru ari tu cakap nak berubah..tapi syaitan telah mula merasuk saya dan saya mengikut syaitan... Walaupun perubahan perlukan masa dan perlu perlahan-perlahan.Tapi saya telah gagal dengan hanya menggunakan sepatah perkataan itu (penipu!!) Saya anggap saya telah mula berubah dengan memberikannya space(ruang) kat dia dahulu. Then baru nak belajar bersabar..tapi entahla..syaitan tahu titik lemah saya iaitu tak sabar. Dan saya sering diuji dengan benda itu. 

Saya rasa menyesal..Kesal kerana mulut ini telah melukakan hatinya. Tak mungkin hatinya akan gembira dan happy macam biasa. It will takes time.. Buang masa saya jer selama 2/3 hari ni saya hepi atau buat dia tak marah/ naik angin tapi dalam sekelip mata, saya juga lah yang merosakkan @ merenggangkan semula hubungan ini.. :(

I feel so sad and so down this evening.. Why i tak mampu buat dia gembira tanpa perlu melukakan hatinya?? emmm....sampai sekarang saya ingat lagi lirikan matanya yang geram dan marah serta kecewa itu kepada saya. Sungguh saya takut!! Takut yang dia akan benci yang teramat sangat pada saya suatu hari nanti. Dan masa tengah tulis artikel ni, i'm crying.. Regret those thing yang i have done to you..(Padan dengan muka saya..saper suruh sesedap rasa dan mulut jer buat ati orang yang sayang kecewa). Cakap sayang.tapi ni ker sayang namanya?**soalan untuk diri sendiri pikir dan jawab**)

Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah...Dosa-dosa ku yang banyak dan bertambah tiap-tiap hari kepada kedua ibu bapaku, kepada dia, kepada adik beradikku dan kepada semua sahabat handaiku..Sayang..deep inside my heart and soul, i'm so sorry..i have hurt you once again..I feel the pain..So, i did not regret if you don't want to forgive me..

I now realize that i'm not a perfect women to you. Not a good person to accompany you..I banyak kekurangan dan i rasa you will not accept all my weakness. I know you will not accept me as much as i accept all of your weakness.. (ye ker ni WNL??Betul ker?jangan cakap jer..prove it baby!!)


Read more...

Berfikir positif.

Hidup ini suatu perjuangan.Berjuang dari memikirkan perkara-perkara negatif di dalam kehidupan. Saya seorang yang selalu berfikiran negatif. Tapi sempena Awal Muharram yang akan menjelma, saya mahu membuat transformasi ke atas diri saya. Saya mahu menjadi seorang yang berfikiran positif. Untuk menjadi seorang yang positif, ia bukan mudah..Saya perlu berjuang. Perjuangan yang perlu dilakukan setiap hari tanpa mengenal erti jemu. (Ya Allah..kuatkanlah semangat aku untuk terus berjuang..Supaya diriku sentiasa konsisten dalam melakukan perubahan ini.) Berjuang dari mendengar hasutan syaitan dengan memikirkan perkara-perkara negatif. Saya mahu berjuang untuk mendapatkan kehidupan yang lebih bahagia bersama-sama insan yang saya sayang..Mereka anugerah dari Allah yang perlu dan patut saya hargai kehadiran mereka dalam idup saya. Dalam erti kata laen saya akan berhijrah..


Read more...

Perbezaan WNL dan dia..

WNL rasa, WNL ni minah romantis (hahah..jiwang sebenarnya)..coz dalam sehari mesti akan hantar sms padanya cakap 'i love u'@'saya sayang awak'@'saya perlukan awak dalam hidup saya'.tapi dia..berbeza denganku. dia jarang nak antar sms cakap ayat-ayat macam tu. Mula-mula bercinta dengannya,WNL tak faham perangai dia yang satu ini.WNL selalu paksa dier antar gak sms ckp 'i love u'..heheh (jahat WNL..Suka paksa orang).. WNL seharusnya faham dan tahu bahawa WNL dan dia dilahirkan di dalam dua dunia yang berbeza. Dan tak mungkin WNL boleh mengubah dirinya menjadi seperti kehendak WNL (dalam bab ayat-ayat jiwang ni).


Tapi setelah hampir setahun perkenalan kami, WNL dah tak kisah dan faham kenapa dia tak antar sms mcm tu. Kerana cinta baginya terlalu 'mahal' untuk diungkapkan selalu. [and i think ramai lelaki pun macam tu juga..macam ayah-ayah kita :) ] and the most important reason dan apa yang lebih penting ialah, WNL sentiasa di hatinya. Dalam hatinya yang paling dalam..tak perlu dia ungkapkan pun..kerana cinta bukan sekadar dari ungkapan tapi dapat dilihat dari perbuatan/ tingkah laku sesorang kepada teman yang disayanginya. Dan WNL dah mula faham perangai dia..Tak suka cakap 'i love u' tetiba dan di masa yang tak sesuai.. He choose the perfect time to express his feeling towards me.. Then WNL mula la terasa 'melayang-layang' bila dia cakap ayat-ayat itu..hehehe. AND WNL always bersyukur sangat coz dia selalu lah juga ungkapkan ayat-ayat itu.. Sehari sekali.. and those words already makes my day a great day to be thankful to God and I am really enjoy with you :)

Kekadang terpikir, perbezaan itu yang akan buat idup WNL lebih gembira. I'm happy to discover new things in my life especially your favourite,your do and don'ts, your habits, your attitude and any other things about you my love. Kalau terlalu sangat banyak persamaan, tak best pula. Hidup jadi tak mencabar!! tak trail kata orang.hehehe.. 

Sesungguhnya, WNL sayangkan dia seadanya dia..WNL terima kelemahan dan kekurangan dia seadanya dia.. WNL kena faham dia berada di dunia yang berbeza dan telah lama hidup dalam hidupnya sebegitu rupa.  Dan sesungguhnya untuk mengenali sesorang, ia akan memakan masa yang sangat lama. Bukan hanya seketika. Bukan sekelip mata. Dan walau sekuat dan sedalam mana pun cinta WNL pada dia, WNL perlu sentiasa mengingatkan diri sendiri untuk memberi ruang dan waktu untuk dia melakukan aktivitinya secara sendiri. Bila dia sudah free dari kerjanya, barulah dia akan kepada WNL dan kami akan ENJOY the DAY sama-sama. That's the best moment yang WNL sentiasa tunggu dengan penuh kesabaran...Saat tika kita berjumpa. :D


Read more...

Jumaat, 25 November 2011

This weekend will not be the same as before :(

Weekend ni (26/11-27/11) macam2 rasa bercampur aduk.. Rasa sedey pun ada coz tak dapat spend masa dengan sayang mcm yang kita selalu spend sebelum ni.Lagipun 27/11 (Ahad) ni ialah Awal Muharram.So, 28/11 (Isnin) pun cuti juga..


Just now, u ask me, macam mana idup awak kalau sy tak de? sy terkedu. alamak..apa saya nak jawab? siapa tidak terkejuz coz diberikan soalan yang macam ni. 

Saya just cakap tentulah sy akan rindukan awk. no fren to talk to, no fren yg akan bawa saya berjalan2 @ berborak2 (i akan bosan),  tak ley dengar awk buat lawak (jadi sy tak ketawa kalau sy tak dapat jumpa awk). tak ley dengar suara awk.. Sesungguhnya, saya dah tak tau macam mana nak survive@ idup tanpa sayang di sisi saya terutamanya pada weekend. Saya perlukan awak dalam hidup saya. Sebagai peneman, sahabat, pelengkap hidup saya dan of course buah ati dan kekasih saya untuk selama-lamanya..

Em sebenarnya...takut untuk saya pikirkan macam mana ari-ari saya akan berlalu tanpa awak hujung minggu ni. Al maklumlah, parents sy nak bawa kami adik beradik g Singapura lak hujung minggu ni. :( Bukan tak happy nak jalan dengan family saya, tapi ati saya lebey suka dan hepi dapat spend dengan awk.. (Ni macam isyarat@tanda2 suruh kawen cepat2 ni.hahaha)

Dan he ask me more, macam mana awk idup sebelum ni kalau tak de saya?...saya cakap idup saya sebelum ni bosan. Mana saya ada pakwe yang macam awk. Yang rajin bawa saya berjalan ke sana ke mari, bawa saya mencuba makanan di merata-rata tempat,(sampai berat saya dah naek..AWAS WAN..Kawal pemakanan anda!)  bawa saya tengok wayang.. Awak je satu-satunya pakwe saya yang rajin bawa@spend masa dengan saya (ayat ni akan buat org pikir yang saya ni ramai pakwe..padahal,awak je sorang pakwe yang saya ada.sebetulnya sebab sebelum ni saya tak pernah bercinta jarak dekat.)

Then, he said, thanks....i said why u said thanks?..he said because u love me.. i said u should say 'because u love me more than i love u'..haha :p.. coz saya ingat lagi, dulu sayang rajin cakap 'bodoh la kalau saya tolak cinta orang sebaik awk..hahaha...does it mean that i love him but he did not love me?? (apesal jahat sangat nak pikir macam ni wan)**wan...don't ever think that way..it not nice..Bagi kasih sayangmu seikhlas mungkin,dia akan hargai dirimu..itu lebih penting dari memikirkan yang bukan-bukan..siapa sayang siapa lebey itu tidak penting.lain orang lain cara mereka menunjukkan kasih sayang.jangan wan cepat membuat kesimpulan/tanggapan yang diri sendiri pun tak pasti kebenarannya.ALLAH maha mengetahui :)**

Sayang..i hope u don't forget me..Did not spend time with u doesn't mean that i don't love u..i really really fall in love with u. 
and please do not leave me sayang..hahah..**ayat bukan-bukan@negatif lagi...**

Tadi petang, sayang antar saya balik umah. Sayang bawa saya makan sup mamak d Setapak. nak mam popia tapi dah abes..Kita enjoy bersama-sama.dan saat itu saya rasa gembira dan happy bersamamu sayangku. Then kita ke pasar malam Sentul. Beli bateri handphone sayang. Selepas tu, sayang antar saya di rumah family saya..Ayat-ayat yang sayang ungkapkan selepas itu sangat sangat mampu membuatkan air mata saya mengalir dan terharu kegembiraan. Sayang cakap "tak sangka tua-tua macam ni,ada lagi orang yang nak sayangkan saya..Sy ni susah nak tersentuh hati..tak sangka ada orang telah menyentuh hati saya.." dan saat dirimu menyatakan ayat ni, ku hanya mampu terdiam.Tapi masih mampu mencelah sebab tak nak suasana ni jadi sayu dan not a happy moment..and now (10.50 malam), saya telah mula merasa kesunyian dan kesepian..Rindu mula bertandang.. :( sabar wahai atiku... 


Read more...

Selasa, 8 November 2011

WAS...

Catatan hari ini (8/11/2011) untukmu sayang..

Sayang...i love u so much!! Indah rasa dunia ni bila ada beberapa kata-kata yang keluar dari mulut sayang itu. Rasa macam nak simpan dan kunci kata-kata tu ke dalam lubuk atiku rapat-rapat.Antara kata-katamu, masihku ingat pada ari Ahad (Hari Raya Haji-6/11/2011) dirimu cakap "wah..baru rasa kenyang makan bubur nasi..Bila bersama awk..kalau makan sorang2 tak rasa kenyang macam ni. Patutlah orang kalau dah kawen, orang akan balik rumah dan makan dengan isterinya..Sebab 'rasanya' lain..."Awak tahu tak? Ayat-ayat ni  buat saya cair dengan awak.. secair aiskrim kegemaran kita...Saya terkedu bila awak cakap ayat ni. Terdiam seribu bahasa dan saya hanya mampu tersenyum..Sesungguhnya saya jatuh cinta dengan ayat sayang ni..U are a romantic person.. Very loving and very sweet of u talking those words to me.. :) Rasa terbang di udara sekejap...hehehe *..*


Pagi ni:- Saya tak dapat sarapan dengan sayang coz saya kena kerja!! Lagipun saya tak nak orang cakap yang bukan-bukan tentang kita. Saya kena jaga reputasi sayang sebab saya sayang awk. Saya kena jaga reputasi awk supaya tak sampai khabar-khabar yang tak elok ni di tangan PJ sebelum tiba masanya untuk sayang diperkenalkan kepada my family. Oh ya..ari ni sayang antar sms yang merapu-rapu.. Pagi sayang balas sms saya "Hi sayang..Nak ape??" Mau naek bengang saya baca sms tu..ader ker patut seorang kekasih tanya soalan mcm tu kat saya.macam la saya ni orang asing dalam idupnya..hahah...lucunya..padahal sayang nak tanya soalan "naik ape?" dan ada satu lagi sms sayang jawab "nak...dah kat parking..". hahah..NAK??Anak ker? atau apa maksudnya tu..heheh. padahal sayang nak hantar sms "dah nak sampai..skrg di parking.." Aperla yang sayang pikir sampai antar sms macam tu. hehe.. u just make me laugh and have a great day.

Tengahari :- Yea yea...kita lunch sekali!!Bestnya...Seronok dapat borak dan makan dengan sayang. Bila mata sayang memandang saya, saya malu sebenarnya.. Sebab tu saya tanya sayang, aper? atau kenapa?...hehe. Sweet sangat sayang pakai baju warna merah tu. Saya suka sangat..Makan kali ni berbeza sikit. Kita makan western. and u bawa laptop dan kita makan sambil tengok citer 'nizam kambing di laptop'. Cantek screen saver sayang..Saya suka sesangat.
Kita just makan sampai pukul 2.20.Then sayang antar saya balik ofis coz saya ada diskusi di ofis..Kita jumpa tak lama :( tapi saya puas hati..:) Syukur dengan nikmat dan rahmat dari Allah..Coz diberi kesempatan untuk berjumpa sayang walaupun sekejap.

Petang ni sayang keluar dengan zol. G Klang rasanya..Saya pun tak tau sama ada saya balik sendiri atau tak. Tak dapat sayang antar saya macam selalu.Tapi tak pe..Kadang-kadang bila kita berjauhan, kita akan ingat lebih sikit antara satu sama lain.Kita akan rindu dan masa tu kita sedari yang dia penting dalam hidup kita. Lagipun, takkan nak berkepit 24 jam dengan dia jer. Give him some space!! :)




Read more...