Sabtu, 29 Disember 2012

Kebosanan melanda

Saya tengah download citer i am legend..fuh...lama giler nak download. Menunggu dari petang tadi. Bosannyer...


Ni ngah pikir nak buat apa sambil-sambil menunggu ni.Em...mak dan abah ngah layan tengok tv. Tengok bola..huh..My dad favourite channel. Mak lak tengok internet di sebelahnya. Anak-anak (saya,ila dan ainan) buat hal masing-masing di ruang tamu. Ainan tengah layan movie dan facebook. Ila lak ngah layan handphone. Aku?? tentulah tengah layan nak buat post baru untuk blogku ini.

Nak cerita tentang apa pun di dalam blog ni, aku pun tak tahu. Banyak benda bermain di dalam fikiran tapi tu semua masalah. Malas nak pikir. Allah kan ada..DIA akan tolong kita selesaikan pabila masanya tiba. DIA akan bagi kita idea..  :) dan dalam sekelip mata je masalah kecik kecik ni akan settle. 

Masalah utama yang aku duk pikir sekarang ialah adik perempuanku atau gelaran nya (Exx).hehe. Duk di rumah ni, buat aku banyak pikir lak tentang dia. Bila duk di rumah sewa tak de lah pikir sekerap macam ni tentang dia. Dia tengah buat apa ye sekarang?Adakah adikku itu di dalam kesusahan sekarang? Semoga ALLAH sentiasa melindungi adikku itu.

Mungkin sebab di rumah ini, parents aku selalunya menyebut namanya. Sebab tu buat aku asyik terlalu memikirkan tentang dia.Kekadang rasa tak sanggup lagi menyimpan rasa ini, tetapi aku kena buat plan yang baik dan cantik supaya air muka semua orang dapat dijaga walaupun air mukaku sendiri "dah tak ada" untuk rumah ini. (maybe ni perasaan aku je. so korang jangan terima bulat-bulat apa yang aku tulis ni).

Aku pun tak pasti apa perasaan aku terhadap adikku. Jelous?Marah?Sakit hati?Kecewa? Em... macam macam ada (macam iklan/tagline kat astro lak suatu ketika dulu). Cukup sukar untuk aku luahkan semua di sini. Jadi aku hanya harapkan respond dan pandangan dari ila dan si dia yang ku sayang.

Jadi...untuk menghilangkan rasa yang macam macam itu, baik aku layan perasaan sendiri. Memikirkan benda-benda yang indah dan bahagia di dalam hidupku. Hidup ni terlalu singkat untuk dipikirkan masalah. Lagipun bukan namanya kehidupan kalau tiada masalah. So i must cheer up myself!! Dan pikirkan keletah-keletah si dia yang selalu mencuit hatiku. Lengok tariannya yang membuatkku sentiasa mahu tersenyum gembira. Kerana walau banyak masalah macam mana pun dia hadapi di dalam hidupnya, dia sentiasa memperlihatkan reaksi yang happy. Itulah dia..insan yang kusayang.. Dan ku kagum dengan sikapnya ini.
Terima kasih ALLAH,kerana mempertemukakan aku dengan dia. Dia sentiasa menceriakan suasana dengan sikapnya dan keletahnya yang giler-giler. I like it baby!! I like your attitude yang 'giler-giler" itu..





Read more...

Jumaat, 28 Disember 2012

Setahun sudah hampir berlalu

Sorry ya kawan-kawan. Saya dah lama tak update blog saya. Sebab sepanjang tahun ini,saya dapat tugas yang agak berat tapi alhamdulillah,saya berjaya melaksanakannya untuk tahun ini. Maklumlah..orang makan gaji.hehehe..Sekarang ni saya dah free sekejap.Tapi tak tahu sampai bila. Mungkin awal tahun depan,saya akan kembali sibuk. Harap kawan-kawan faham ya..

Tahun 2012 akan 'meninggalkan' kita dan 2013 hampir' menampakkan diri'nya..Dah setahun juga kita harungi banyak perkara bersama-sama tanpa ku sedari..Begitu cepat masa berlalu.


Banyak benda yang telah terjadi di dalam hidupku dalam setahun ini. Kupercaya, dia pun merasakan benda yang sama. Tapi yang paling menariknya, saya sudah ada teman untuk berbicara dan meluahkan segala rasa tentang dunia kerja dan dunia keluarga saya. Dan saya berasa bertuah kerana ada kamu di dalam hidup saya. Penasihat saya. Penegur saya di kala saya tidak sedar bahawa tindakan saya membawa kepada perkara/ tindakan yang kurang bijak. Terima kasih ya kamu kerana memberi peluang dan ruang untuk saya mengenali realiti dunia ini. :)

Teguranmu memang selalunya akan menghiris hatiku. hehehe..maklumlah saya ni perempuan, hati sensitip tak kena tempat. Walaupun diriku kasar orangnya macam lelaki..(malah kadang-kadang tu lebih ganas darimu.hahaha)..namun hatiku tetap hati seorang perempuan yang sensitip.heheh.Maafkan diriku kerana dirimu terpaksa melayan kerenah hatiku yang sensitip ini.





Read more...