Jumaat, 23 Disember 2011

Ari cutiku dihabiskan dengan mengemas bilik!

Fuh..penat mengemas satu bilik tido kami adik beradik berempat..aku sorang pulak tu yang kemaskan bilik tu.. habuknya ya allah..banyak giler..sampai naek resdung dan semput sy di buatnya tapi inhaler tak ada dengan saya.ada dengan cik abang..heheh..


Efa lak sibuk tolong mak memasak..aku sesorang jer yang kemas bilik..penat arr..tapi aku diamkan aje. nanti aku bising,mak lak cakap aku ni berkira la...aku ni selalu merungut lar..em..so berdiam diri lebih baek dari cakap benda-benda yang boleh buat orang sakit ati dengan kita..

Kalau abang tahu aku kemas bilik sorang-sorang,tentu abang akan marah aku..cakap aku ni berlembut sangat dengan adik-adikku terutamanya efa..biarkan efa pijak kepala aku.biarkan efa buat 'keputusan' untuk hidupku.hahaha...so, keep it as secret jer ye walaupun diri sendiri dah nak semput dan batuk2.. :)

Moga allah mampu membalas semula kebaikan dan 'diam diriku' selama ini..berdiam bukan bermaksud tidak ambil kisah atau buat tau tahu dengan keadaan sekeliling tetapi diriku kekadang rasa kalau aku berdiam,itu lebih baik untuk semua orang di sisiku..  :)



Read more...

Rabu, 7 Disember 2011

AMBIL INI SEBAGAI PEDOMAN YA WNL!

Semasa dok blogwalking+facebook terjumpa gambar ini:-



"Sebaiknya Jangan Banyak sangat luah perasaan sendiri kat facebook. Banyakkan tazkirah untuk semua. Yang tak puas hati tu simpan dalam hati,mengadu pada Allah lebih baik dari luah dari kat facebook"-Ustaz Azhar Idrus.

Hampa faham kan.Naim selalu singgah dekat blog-blog baru nak naik nama. kekadang mereka print screen shot luahan perasaan mereka dekat blog sebagainya. huhu

nak tegur kekadang teguran itu makan tuan yg memberi teguran itu.Sebenarnya naim bukan baik sangat . Naim akan menerima teguran jika hampa rasa aku bersalah.. ok?


Read more...

Syukurkah aku?

Petikan dari http://pemudattbc.blogspot.com :

Sebagai manusia kita takkan lari daripada masalah. Baik masalah yang kecil hingga pada masalah yang sebesar-besarnya. Setiap ujian itu datang dari Allah untuk menilai keimanan padaNya. Aadakah kita semakin jauh atau selalu dekat denganNya.

Solat salah satu cara mendekatkan diri dengan Maha Pencipta. Memohon keampunan dan merenung akan kekurangannya diri ni. Berapa kerdilnya diri kita di atas muka bumi ini. Walau sebesar mana pangkat kita sekalipun, kita semua sama di sisiNya. Berkongsi bumi yang sama dan berkongsi oksigen yang sama. Jadi tak perlu kita saling membenci di antara satu sama lain. Saling menghina dan mencerca antara satu sama lain. Kerana apa? Kamu dan amku adalah sama.

Terkadang diri terfikir akan kesilapan diri, bersyukurkah diri? Betapa banyak kekurangan dan kesilapan yang dah dilakukan. Kerdil dan hinanya diri ini. Hanya mencari dan mengenal Tuhan tika diri hanya dalam kesusahan dan serba kekurangan. Memohon agar dapat permudahkan segala kesulitan yang ada, tapi bila diri dalam keaddan suka atau gembira lupa segala dan syukur padaNya. Lupa dan kadang leka, dengan semuanya.

Merenung dan meratapi diri lagi perbaiki akan kesilapan diri. Banyak kekurangan yang harus diperbetulkan. Jauh diri takut semakin jauh..Moga diri akan dapat perbetulkan segala kesilapan sebelum terlewat untuk semuanya.


Read more...

Selasa, 6 Disember 2011

SMS pagi ni..

Tengok WNL..Apa kesannya anda positif (tak buruk sangka) padanya?


Saya text jam 11.30pg kat dia : Just want to know, kita nak jumpa ker tghari ni?kalau x nak jumpa,xpe..

Saya text jam 11.47pg kat dia : Awk diam je. maybe awk dah tertido semula or bz..xpe,kita x yah jumpa tghari ni. lgpun bdn awk x berapa sihat -ayat ni macam dah mula nak buruk sangka tapi dah tak seburuk dahulu..hahah

Dia text me jam 11.59 pg cakap :Td Takde credit..ni kat 7-11 semenyih.Ambik top up ni, xxxxxxxxxxxx"..

Saya balas "Thanks :)

Dia bagitau pada jam 12.01 tgh : "Im otw"

Saya balas : Xpe. take time. I ni selalu susahkan u je.

Dia text sms 12.05 tgh berbunyi "hehhe..tk pe..for my wife"..

Saya balas  : :) syg dier sokmo!

Walau ia sebaris ayat yang ringkas sahaja namun ayat ni buat saya rasa macam 'terbang bebas' di angkasa lepas. Buat saya hepi dan ia akan menjadi kekuatan saya dan menceriakan hari saya.


Read more...

WNL please berubah sebelum terlambat

Dia 10.47 6/12 : dah takde keje la tu..

Dia 10.59 6/12 : Telampau byk pikir..

Dia 11.05 6/12 : Tkde keje..buatla benda ygfaedah.Baca buku motivasi ke, kitab ke..buka minda fikir apa yang terbaik dibuat..bkn fikir dan cakqp/merapu..

Saya 20.44 67/12 : Syg..sy hanya mampu ckp minta maaf byk2 ya..Sy jd malu nak minta maaf kat syg. Apapun,sy love syg..Hope syg berhenti rehat ya kalau penat

Dia 20:45 6/12 : Ok sayang

Saya 20.47 6/12 : Sy tau syg kecik ati byk dgn sy ari ni..entah apa yg d fikiran sy. Em...

Dia 20.48 6/12 : Takpe arr..

Dia 20.52 6/12 : Ye ke iffa kol?..sy tak cakap apa2 dah..lebih baik sy diam je. Klu sy cakap,takut lebih keruhkan keadaan..dan ia akan terus berulang. so, selagi sy boleh tahan, sy diam je la..

Dia 21.00 6/12 : Sy tau tak suma mausia sempurna..sy bagi syg mase utk belajar..ttg jaga perhubungan,cara percakapan (PR) dan matangkan diri..belajar hidup dan buat keputusan sendiri..(sepatutnya u mmg dah matang pun).. anggap apa sy cakap ni sbg nasihat ya,bkn nak kondem u..

Dia 21.09 6/12 : Sy tak suka gaduh pasal benda2 kecik yg tak patut dijadi bahan gaduh..sbb saya org tua. bila sy cakap,u cuba lawan, dan balas balik dengan ayat2 yg takde kena mengena..sbb tu sy ckp,sy letih..letih nak gaduh..cuma dpt tendang tong sampah je..

WNL...please berubah...tidakkah anda mahu dia cakapkan wah..anda telah berubah..menjadi yang lebih baik??? Tolong ya bantu diri sendiri..


Read more...

Ayo..ayo..bila nak berubah semula?jangan buat perangai lama lagi.

Kenapa aku nak bersangka buruk kepada apa yang terjadi dalam hidupku ari ni dan semalam?Sedangkan aku hanya hamba Allah yang hidup di bumi ni hanya sementara..Jadi tak perlulah serabutkan kepala pikir yang bukan-bukan atau cakap benda yang merepek-repek.Cakap nak berubah WNL...bila lagi?ni la sifat yang lagi satu aku kena buang.Sedar tak WNL??


Tak perlu diceritakan apa yang terjadi namun perlu ambik iktibar dan panduan dalam hidup ni. Jangan pikirkan sangat benda-benda yang kita tak tau apa yang mungkin terjadi. Ni semua kerja ALLAH..Kita manusia kena berusaha ubah idup/cara kita berfikir. Minta tolong dan petunjuk dari Allah.. Allah takkan sia-siakan hidup aku.. Aku kena belajar pasrah dan redha sahaja setelah aku melakukan pelbagai-bagai usaha. Please stop it ya.. Jangan buat orang keliling anda menyampah nak layan karenah anda yang suka pikir bukan-bukan dan cakap merepek2 ni... Nanti tak ada siapa yang nak kawan dengan anda! Masa tu menyesal, dah tak guna la WNL...
Nanti org yang tersayang pun lari sebab bosan nak melayan anda..baru la padan muka anda.. 

Ayuh WNL...Berusahalah untuk THINK POSITIVE ya!! 


Read more...

REHATKAN HATI

Petikan dari www.genta-rasa.com untuk pedoman hidup saya :)
Sungguh, benteng pertahanan terakhir kita kian rapuh. Saban hari saya menerima email atau panggilan yang menceritakan tentang rumah tangga yang hampir runtuh. Padahal saya sendiri masih terkial-kial bermujahadah untuk menjadi ayah, suami dan anak yang baik. 
Kekadang saya tidak dapat memberi jawapan yang baru. Ini tentu menjemukan, kerana sahabat-sahabat perlukan pembaharuan pada jawapan. Apa yang mampu saya luahkan? Selain, mengulang-ulang apa yang pernah dipesankan oleh generasi salafussoleh terdahulu. Juga mengulang-ulang kata-kata yang pernah membujuk hati ketika saya sendiri diuji. 
Sahabat dan saudaraku… jangan pernah mengalah. Patah sayap, terbanglah jua. Jika jatuh, jangan rebah… biar terhenyak tetapi tetap tegak walaupun terpaksa bertongkatkan dagu. Marilah kita berpegang pada janji bahawa kita akan selamanya bersatu dalam munajat dan nasihat. Kerana apa yang kita harap daripada seorang manusia hanyalah dua… munajatnya dan nasihatnya!
Tidak semua yang bertanya dapat saya jawab secara khusus. Ada yang saya baca dan terus doakan. Ada yang saya baca, terus termenung… berfikir dengan kepala yang simpati dan dada yang empati. MasyaAllah, kita sering kalah. Namun, buat sekian kalinya kita berbaiah, kita sekali-kali tidak akan mengalah!
Lalu, diketika saat-saat dirimu dan diriku diuji, sudi apalah kiranya kita REHATKAN HATI...
Mengapa setelah berzikir, solat atau berdoa  hati belum tenang? Sedangkan Allah telah menetapkan dalam Al Quran bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang? Khususnya ketika menghadapi ujian rumah tangga mengapa hati kita masih resah, kacau dan galau walaupun sudah berbuih mulut meluahkan kalimah-kalimah zikir? Justeru, ramai isteri atau suami mengadu, mengapa hati mereka tidak tenang walaupun telah berzikir ketika menghadapi krisis, ujian dan kesusahan dalam hidup berumah tangga?
Mengapa kita belum mendapat ketenangan sepertimana yang dimiliki oleh pasangan Sayidina Ali dan Siti Fatimah walaupun kita telah berzikir dengan kalimah subhanallah, alhamdulillah dan Allah hu Akbar, sama seperti yang pernah diamalkan oleh mereka? Apa yang tidak kena dengan zikir kita? Bukankah kalimahnya sama? Bukankah jumlah atau bilangannya sama?
Tidak syak lagi kita tidak dapat menghayati maksud tersirat daripada kalimah-kalimah zikir itu. Berzikir tanpa menghayati falsafah dan makna tersirat di sebaliknya, umpama burung kakak yang pandai bertutur. Untuk menghayati makna zikir sehingga meresap ke dalam hati perlukan ilmu, amalan dan latihan. Marilah kita sama-sama kita fahami apakah kesan atau rasa-rasa yang perlu dirasai oleh hati apabila kita mengingati Allah (berzikir).  Antara rasa-rasa itu ialah:
1.      Rasa kehambaan.
Rasa kehambaan ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain sifat kekurangan seorang manusia apabila berdepan dengan ujian daripada Tuhannya. Apabila diuji dengan karenah pasangan, kekurangan harta, anak-anak sakit dan sebagainya, seorang suami atau isteri yang memiliki rasa kehambaan akan sedar bahawa semua itu hakikatnya datang daripada Allah. Firman Allah:
“Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).”
Bila menyedari hakikat itu, seseorang akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Hatinya berbisik, “bukankah aku seorang hamba? Aku sewajarnya akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku diuji begini. “ Hatinya tidak akan berkata, “kenapa aku, bukan orang lain?” Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Sebaliknya jika kita ‘memberontak’, hati akan bertambah kacau. Let go, let God – maksudnya lepaskan dan pasrahlah kepada Allah.
Apakah tanda-tanda kita memberontak apabila diuji? Kata Imam Ghazali rahimahullah, “cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah ‘memberontak’ kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya!” Misalnya, seseorang suami atau isteri itu tidak mahu lagi untuk makan dan minum secara teratur, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan rumah atau menjaga anak-anaknya lagi.
Marilah sama-sama kita ingat, apabila ditimpa ujian, kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’, “Inna lillah wa inna ilaihi raji’un.” Firman Allah:
“Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. (Surah al-Baqarah 2:156).”
Kalimah ini mengingatkan kita agar kembali merasakan erti kehambaan. Bahawa kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini. Dengan ini kita akan dapat menurunkan rasa marah kepada pasangan, anak-anak, mertua atau sesiapa sahaja anggota keluarga kita. Ya, mereka berbuat demikian atas izin Allah jua!
2. Rasa bertuhan.
Rasa kehambaan yang serba lemah, itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Apabila kita rasa lemah, timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Apabila kita rasa kurang, timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Apabila kita dihimpit kesedihan semakin kuat rasa pergantungan, pengharapan, permintaan kita kepada Allah. Mungkin selama ini kita terlalu bergantung kepada suami, isteri atau anak-anak.
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina dan lemah. Sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa sabar, tenang dan berani menghadapi apa jua masalah dalam rumah tangga. Seorang suami yang paling kuat menghadapi ujian dalam hidup ialah suami yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Firman Allah:“Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. (Surah Taubah 9:40)”
Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan rasul sanggup berdepan dengan karenah isteri mereka. Nabi Luth, Nabi Ayub, Nabi Nuh misalnya, mampu menghadapi ujian yang paling kritikal dalam rumah tangga mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah: “Dan pintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat. (Surah al-Baqarah 2: 45)”
Dalam apa jua keadaan – positif mahupun negatif, hati suami atau isteri tetap tenang. Firman Allah:  “Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana. (Surah al-Fath 48:4)”
Apabila hati tenang, berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang dilaporkan oleh Sa’ad bin Abi Waqqas: “Aku hairan dengan orang beriman, sekiranya dia mendapat kebaikan, maka dia akan memuji Allah dan bersyukur, dan sekiranya dia mendapat musibah dia akan memuji Allah dan bersabar. Dan setiap mukmin diganjari dalam setiap urusannya sehingalah diberi pahala pada setiap suapan makan yang diangkat ke mulut isterinya.”
3.      Memahami maksud takdir Allah
Mana mungkin kita dapat mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam bahtera rumah tangga kita ialah hati. Hati yang bersifat berbolak-balik (terutamanya apabila diuji) hanya akan tenang apabila kita meyakini sifat kasih sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya tetap bersama kita sewaktu diuji. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan buruk. Walaupun kekadang kita belum nampak kebaikannya, percayalah kebaikannya pasti ada.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baiklah kepada Allah, berdasarkan firman-Nya:  “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al Baqarah 2: 216)”
Siapa tidak inginkan keharmonian, kasih sayang dan kemakmuran dalam berumah tangga. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, krisis masih berlaku jua, maka bersangka baiklah dengan Tuhan. Mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita kesempitan belanja, maka berusahalah untuk menambah pendapatan, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.  Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Dengan ini kita tidak akan merungut, stres dan tertekan. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
Jagalah rumah tangga kita dengan sebaik-baiknya. Carilah jalan damai sehabis daya.  Namun ingatlah jika badai terus melanda, ingatlah itu sudah maktub (tertulis). Jangan rosakkan hati kita dengan kalimah “kalau” atau “jika”. Hayati sabda Rasulullah saw ini: “Oleh itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas. Dan jika engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: “Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan,’ kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.” (Hadis riwayat Muslim)
4.      Mendapat hikmah apabila diuji.
Hikmah adalah suatu kebijaksanaan mendapat kebaikan di sebalik satu keburukan. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh mehnah – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Daripada Abd al-Rahman bin Azhar bahawa Ra­sul­ullah SAW bersabda:“Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa sakit atau demam, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja.”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah para suami atau isteri meraih sebanyak-banyaknya pahala dan keredhaan Allah. Rumah tangga adalah medan ‘perjuangan’ melawan nafsu marah, putus asa, buruk sangka, dendam dan lain-lain sifat mazmumah yang mungkin timbul hasil interaksi dan komunikasi antara suami isteri, ibu-bapa dengan anak-anak, mertua dengan menantu.
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Justeru, hayatilah kata-kata hikmah ini: “Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.”
Ya, inilah empat rasa yang sewajarnya ada ketika kita berzikir sewaktu mengharungi ujian dalam berrumah tangga. Bawalah hati kita berehat… dan rehat sebenar ada di dalam zikir. Dan zikir yang paling besar adalah solat. Oleh kerana itulah Rasulullah saw sering menyuruh Bilal supaya azan dengan katanya yang membujuk, “rehatkan kami dengan solat wahai Bilal!”


Read more...

Jumaat, 2 Disember 2011

Lagu dia untuk saya.


Antara lagu yang dia tujukan untuk saya ialah:
1. Febians "Untukmu sayang”
2. Marc Anthony ft. Tina Arena "I want to spend my lifetime loving you"

Lirik lagu Untukmu sayang ialah:

Keindahan pelangi adalah
Keindahan wajahmu sayang
Yang sering bermain di mata
Hatiku ini

Keharuman bunga kasihku
Hanyalah untukmu sayang
Bagaikan pantai dan lautan
Takkan terpisah

Kasih sayangku ini
Hanyalah untukmu
Kutelah berjanji
Kaulah yang satu
Dalam hatiku ini
Untuk selamanya
Oh sayang
Oh.. Oh..
Untukmu sayang

Lirik lagu I want to spend my lifetime loving you ialah:


Moon so bright, night so fine
Keep your heart here with mine

Life's a dream we are dreaming 
Race the moon, catch the wind

Ride the night to the end
Seize the day, stand up for the light 

I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do 

Heroes rise, heroes fall
Rise again, win it all

In your heart, can't you feel the glory 
Through our joy, through our pain

We can move worlds again
Take my hand, dance with me 

I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do

I will want nothing else to see me through
If I can spend my lifetime loving you 

Though we know we will never come again
Where there is love, life begins

Over and over again 
Save the night, save the day

Save the love, come what may
Love is worth everything we pay 

I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do

I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do

I will want nothing else to see me through
If I can spend my lifetime loving you 

:) rasa nak melayang jiwa dan raga saya..


Read more...

Kata-kata cinta darinya untukku hari ini

Memang kalau kita sentiasa bermanis muka, senyum untuk dia dan sentiasa berfikiran positif apabila kita di samping dia akan buat hatinya enjoy, happy dan sentiasa mahu berjumpa dengan kita.Dia akan sentiasa rindukan kita. Jadi,tak ada ruginya kalau kita berbaik/ ikhlas hati, bermanis muka untuk insan yang kita sangat sayang..Buktinya,kata-kata ni keluar dari mulutnya.Kata-kata yang saya damparkan dari mulutnya.


Antara kata-katanya yang telah dia ungkapkan ialah bila lah agaknya kita akan kahwin dan dapat hidup serumah.. Lepas makan,kita mandi..i sabunkan u dan sebaliknya..Then sy boley urut badannya. Pas tu kita minum air nescafe panas..tengok tv sama-sama..Then dia, calit tangan dengan saya. tanda kami berdua sepakat dan setuju dengan cara itu.

Ayat dier yang satu ni yang buat saya tersedar bahawa dia amat menyayangi saya..Dan saya berasa sangat bertuah kerana disayanginya. Saya berjanji tak akan dan selama ni pun tak pernah meletakkan sesiapa pun selain dia di dalam hati saya sejak saya berkasih sayang dengannya.. 'Saya tak tau macam mana nak cakap saya sayangkan awk lagi.Lelaki lain mungkin tak sanggup nak hantar awk ke umah tiap-tiap hati.Mungkin kalau ada yang sanggup pun, 2/3 hari je dalam seminggu. Dengan keadaan yang hujan dan saya basah kuyup ini setiap hari. Dalam kaki saya dah rasa macam ada ikan emas tengah berenang. Seluar saya lak saya rasa macam ada ikan keli.(It's show how lama dan basahnya dia tiap kali hujan dan tiap kali dia hantar saya)..Balik umah jer,kaki saya dah kembang giler akibat lama kena hujan. (Ya Allah..ketika ni saya terpikir,betapa penatnya dia tika menghantar saya.betapa dia perlu mengurut coz tentu badannya sakit2 akibat terlalu lama terdedah kepada hujan@basah)Saya rasa berdosa padanya kerana baru sekarang says sedar saya seolah-olah menyeksa orang yang saya sayang. KEJAMNYA SAYA PADAMU! Dan kenapa saya 'bodoh' untuk tidak sedar tentang ini semua selama ni??

Dari situ saya berazam di dalam diri saya yang saya mahu sentiasa menjaga hatinya (sentiasa bermanis muka padanya) dan tidak mahu naik angin tak tentu pasal (panas baran tetiba, marah tetiba dan merajuk tak tentu pasal). Saya harus sedar pengorbanan dia di dalam hidup saya.How much he loves me WNL.. Dan saya harus mengenal erti bersyukur dengan nikmat dan anugerah yang Allah telah bagi kepada saya. Ya Allah,betapa saya telah mensia-siakan masa,tenaga saya selama ni dengan merajuk atau buat hal ikut suka hati kepala saya jer terhadap dia..

Moral of this story untukmu WNL: Layanlah dia dengan baik kerana dia telah terlalu banyak berlaku baik kepadamu tanpa ku sedari..

Dan saya berdoa, moga segala usaha baiknya kepada saya akan dibalas dengan kebaikan oleh ALLAH di dalam hidupnya..Dan semoga dia diperbanyakkan rezeki..


Read more...