Isnin, 10 Oktober 2011

Nasihat dia kepada saya

Dia hadir di saat saya perlukan seorang teman. Saat saya kesunyian dan tiada teman  lelaki.Teman yang akan membimbing saya dalam mencari keredhaan Nya di bumi ini. Saya akui,saya dan dia merupakan insan yang banyak berbeza. Perbezaan yang memerlukan banyak-banyak persefahaman, tolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain..Memang selalu terjadi perselisihan faham antara kami. Tapi dalam masa yang sama,saya bahagia dengandia.Saya pasti saya sayangkan dia sangat-sangat.Sayangkan dia seorang sahaja..:) Bukan sayang dia untuk sementara..

Saya suka dan gembira mendengar kata-kata nasihat dia kepada saya. Dia memang mahu saya menjadi insan yang terbaik..Menjadi seorang yang berfikiran matang dan tidak mudah melatah. Banyak nasihat yang dia berikan kepada saya. Di antara nasihatnya ialah:
1. Jangan cepat melenting/ marah
- Saya perlu belajar untuk menjadi seorang yang lebih penyabar.Sabar itu penting. Sabar itu indah...
2. Jangan ikut 'mood' atau buat muka tak happy je
3. Setiap orang ada masalahnya.dan masalah saya hanyalah sekelumit dari masalah orang lain yang jauh lebih berat dan banyak dari saya 
    - Bila ingat ayat ni, saya teringat yang Allah hanya akan bagi 'ujian' atau dugaan yang setimpal dengan diri saya. Allah takkan 'aniaya' saya kerana DIA tahu apa yang mampu saya tanggung/ hadapi  :)
4. Berfikiran positif
5. Jangan berfikir yang bukan-bukan
   - Kalau berfikir yang bukan-bukan, syaitan akan suka nak mendekati kita.Syaitan akan hasut kita dengan bermacam-macam cara. Syaitan akan buat kita sentiasa nak pikir yang tak baik-baik tentang pasangan kita. Jadi, dia selalu minta saya beristighfar banyak-banyak bila saya 'start' berfikir bukan-bukan. (sejujurnya,saya masih mencuba lagi untuk menjadikan ia amalan dalam kehidupan sehari-harian saya)
6. Dia anugerah di dalam hidup saya (untuk saya jaga dan sayangi..bukan untuk saya control atau kongkong hidup dia)..Dia bukan hak milik saya yang kekal. Hanya ALLAH yang berhak control hidup seorang manusia..Manusia yang macam dia dan saya.. Manusia yang tidak sempurna..Yang banyak kekurangan..
7. Hidup ini suatu perkongsiaan..Bukan 2 orang menjadi satu...Walau macam mana pun hubungan kita (suami isteri/kekasih/ sahabat akrab sekalipun), kita tak akan menjadi '1' manusia/ 1 dunia. Kita ada dua dunia yang berbeza.. 2 jiwa di dalamnya.Jadi perlu ada sikap bertolak ansur dan saling memahami di antara satu sama lain.
- Jangan jadikan sayang sama seperti PJ jadikan saya sebagai 'hak mutlak'nya...Oh..now i know that i'm being like PJ(in this content)..And i promise to you that i will never do that to you sayangku.
8. Syaitan sentiasa main-mainkan perasaan manusia. Membolak-balikkan perasaan manusia. Menghasut manusia supaya saling buruk sangka, perli-memerli, dengki-mendengki. Dan semua ini tidak elok..Syaitan akan gembira bila semua perasaan tak elok ni terbit/ muncul dalam diri seorang manusia.Dan biasanya sikap ini muncul di dalam ati seorang wanita/ perempuan. Allah sendiri tidak suka dengan perasaan yang tak elok ini. Kalau kita amalkan perasaan tak elok ini, ini maksudnya syaitan berjaya menghasut kita.Kita akan menjadi sahabat syaitan.
9. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu. Guna akal akan kekal :) - saya suka dengan ayat sayang ni..
10. Kita berdua (dia dan saya) adalah gifted dari Allah. Jadi kami perlu hargai hubungan kami sekarang..
11.Hidup hanya kerana Allah.Bukan hanya kerana manusia.
12. Berfikir sebelum bertindak. Pikir baik atau buruk sesuatu perkara itu sebelum sebarang tindakan atau keputusan dibuat. Jangan bertindak terburu-buru.
13. Percayalah pada jodoh yang telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah kepada kita. Dan jodoh itu suatu anugerah di dalam hidup kita.Amanah yang diberikan kepada Allah untuk manusia supaya manusia perlu jaga ia dengan sebaik mungkin.
14. Cinta yang Agung hanya kerana ALLAH. Jangan jadi hamba kepada cinta. Tambah-tambah cinta kepada manusia.Yang sudah tentu tidak akan mampu bertahan lama dan kekal...Hanya cinta NYA akan kekal di dalam hidup manusia.Kerana DIA sentiasa di sisi kita walau susah dan senang kita.Walaupun kita hanya berseorangan di bumi ini..Tapi hanya ALLAH yang takkan biarkan hambaNya sendiri tanpaNya.
15. Jangan suka perli-perli sayang.
16. Tunjukkan yang saya sayang kat sayang dengan perbuatan(berlemah lembut,jangan berkasar dan ganas-ganas dengan sayang) dan bukan hanya melalui kata-kata.(ayat jiwang)..hehe
- Dia mat bikers...rockers..tak reti keluarkan ayat jiwang-jiwang..hehe.Jadi jangan buat dia jadi bosan dengan ayat-ayat jiwang saya (coz dia tak reti nak jiwang.tak rock la babe!!hehehe) dan mat bikers tak reti nak buat ayat-ayat jiwang ni..(rimas nyah...hehehe)
17. Bila berfikir secara banyak, ia akan buatkan kita untuk berfikir yang bukan-bukan. Jadi syaitan akan suka dekat dengan orang yang macam ni. Coz syaitan rasa senang jer nak goda atau hasut orang macam ni.. Jadi banyak-banyakkan lah beristighfar ya WNL..
18. Belajarlah untuk lebey bercakap lembut dan tidak berkasar bahasa dengan sayang. Belajar untuk bercakap 'slow' sikit.Jangan laju jer bercakap.Dah la cakap laju, pas tu cakap tanpa melihat mukanya (bercakap tanya melihatnya..) Dia tak dapat tangkap apa yang saya cakapkan itu.
-inilah yang paling susah dan payah saya rasa untuk saya lakukan.Tapi saya akan cuba sebaik mungkin. Kerana saya tahu,sayang seorang yang lemah lembut..Saya kasar orangnya..Kekadang terasa macam saya lak yang lelaki.Sebab saya lebey kasar dari sayang.heheh
19. Jangan suka 'cari pasal' dengan sayang..hehehe..suka sangat saya ni 'buat hal' dengan saya..sorry ya sayang..

Banyak nyer nasihat sayang untuk saya.. Bukti bahawa saya perlu berubah..YA..SAYA MESTI BERUBAH..SAYA YAKIN SAYA BOLEH BERUBAH..(macam mana saya berubah dari gemuk ke kurus,macam tu jugak lah saya perlu ubah sikap/pemikiran saya yang negatif tu...)Em..ini membuatkan saya sedar yang saya hanya seorang wanita yang lemah.Yang terlalu banyak kekurangan. Tapi sayang, saya akan cuba memperbaiki diri saya.Saya akan cuba berubah untuk diri sendiri dan untuk kita..

Saya bertuah sebab dapat kenal dia.Yang banyak memberikan kritikan membina dalam hidup saya. Saya suka apabila ada orang perasan kelemahan saya kerana saya tahu dia mahu saya menjadi seorang insan yang lebih baik dan mampu membahagiakan diri sendiri... :) Thanks a lot sayangku..That's why i love you so much sayang!!! deeply and truly :)



Read more...

Dia

Saya sayang awak..sangat-sangat sayangkan awak..hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya sebenarnya pada awak..Tiap-tiap ari saya ingin berjumpa dengan awk..Nak spend masa dengan awak.Nak berborak dan berjumpa dengan sayang..Macam-macam gelaran untuk awk : sayangku,sayang,awak,you,my baby,my darling, my hubby (rasanya tu jer kut..hehehe)..


Menikmati makan tengah hari dan makan malam bersamamu membuatkan diriku gembira. Walaupun kita hanya akan menaiki pengangkutan awam/ bermotosikal sahaja ke mana-mana,tapi saya tetap gembira bersama-sama dengan awak. Susah dan senang kita bersama. Harap cinta kita ni mendapat restu Nya.. Kalau terjaga dari tido tu,saya akan teringat kat awak. 

Hidup ini lengkap bersama dengan awak.Hidup ni terasa indah dan manis tika bersama-sama awak.. Saya harap semoga syaitan tidak 'menghasut' pemikiran saya untuk berfikir yang bukan bukan..Saya sedang dan mencuba dan terus mencuba untuk mendidik hati dan minda saya untuk sentiasa berfikir positif dan bersangka baik terhadap awak. (maafkan saya andai ada masanya saya gagal berfikir positif dan bersangka baik terhadap sayang). Semoga Allah membantu saya untuk sentiasa berfikir positif dan bersangka baik tentang dia...Saya mahu dan ingin sentiasa berbuat baik terhadap insan yang saya sayang...Kuatkanlah hati saya untuk terus kekal positif dan berprasangka baik terhadap dia.

Dia selalu cakap.. awak (saya) insan yang paling dalam di hati dia.Awak 'jauh' di dalam lubuk sanubari dan hatinya. Saya akan terdiam dan sesungguhnya saya suka sangat dengan ayat dia ni....Em...rasa macam saya lah insan yang paling bahagia bila dia ucapkan kata-kata ini..

Dulu dia pernah cakap: walau apa pun terjadi, dia nak saya jadi isteri dia...Awak adalah di antara isteri-isteri dia (hehe)..Sesungguhnya, saya bahagia bila dengar ayat ni..Ingin saya katakan yang saya berbesar hati dan bersyukur andai dia jadikan saya isteri dia..Sampai sekarang,saya ingat lagi ayat-ayatnya tu...

Walaupun dia hanya 2GB,tapi saya akan tunggu dia 'kosongkan' 2GB dan upgrade kan kepada 4GB...hehe..Saya tak kisah menunggu dia..








Read more...

Sabtu, 8 Oktober 2011

Impian ku bersama dirinya

Impian ini kami cipta bersama-sama..Ku coretkan di sini sekadar untuk tatapan diriku. Kami ada 4 impian sebelum kami melangkah ke alam yang baru (alam perkahwinan)..


1. Mempunyai kete sendiri (nissan sentra 1.6)
2. Menyewa di rumah bujang (supaya diriku dapat merasa hidup lebih berdikari)
3. Mempunyai motosikal berkuasa tinggi (pilih moto versys)
4. Mempunyai kerja baru (tidak mehu bergantung dengan kerja kontrak ini lagi)

Ya Allah...Semoga impian kami ini akan termakbur..Seandainya diriku ditakdirkan bukan jodoh terbaik untuk sayangku pun, aku bertekad untuk memenuhi impian kami ini..Kerana diriku pasti, yang diriku mampu dan mahu impian kami ini termakbur..

Doaku selalu : Ya Allah..Kau satukanlah diriku dengan dirinya..Kau dekatkanlah hati kami agar kekal bersama dalam mengharungi kehidupan ini.Kau kuatkanlah hati kami.


Read more...

Doaku Ya Allah untuk insan yang ku sayang..

Ya Allah..kau temukanlah diriku dengan jodohku.. Namun Allah, diriku lebih mahu Kau temukanlah diri 'mat bikers' dengan jodohnya.. Aku sebagai seorang manusia dan insan yang sayangkan mat bikers, memohon padamu ya Allah agar kau temukanlah dirinya dengan jodohnya.. Kerana ku tahu dirinya telah lama mendambarkan seseorang gadis di dalam hidupnya.. Sebagai pendamping,peneman dan seseorang yang menerima diri 'mat bikers' itu seadanya...Yang menerima baik dan buruk dirinya..


Memang diriku sangat sangat menyayangi dirinya..Tiada apa yang dapat menggantikan dirinya dalam hidupku..Ku gembira bila dirinya di sisiku..Bertambah gembira pabila diriku diperkenalkan kepada ibunya..Seorang wanita yang kuat dan tabah dalam mengharungi hidupnya.. Dua insan yang kuat mental dan semangat untuk meneruskan kehidupan di bumi ini..Bermacam-macam liku liku kehidupan telah dilalui oleh mereka berdua..Semoga pelangi akan muncul akhirnya di dalam kehidupan mereka.Semoga mereka akan dapat memperolehi kegembiraan (paling kurang pun kesederhanaan -miliki kereta,rumah dan moto besar..yea yea) dalam kehidupan mereka.

Ku mendambarkan dirinya menjadi anugerah yang terindah di dalam hidupku sebagai suamiku.. Ingin menjaganya dan ibunya sehingga ke akhir nafasku..Inginku menabur bakti di dalam hidup 2 insan yang istimewa ini..Memang mereka tidak punya apa-apa, tapi hatiku tetap menyatakan mereka 'ada sesuatu' yang istimewa. Mereka ada hati yang baik..melayan diriku seperti keluarga sendiri.Diriku memang ingin mereka ada sentiasa di sisiku..Hatiku selesa bila bersama mereka..Hatiku tenang di sisi mereka..Hatiku gembira bila mendengar suara mereka.Selalu diriku mengidamkan mempunyai keluarga seperti mereka berdua. Berangan-angan di kala ku sendiri andai diriku menjadi sebahagian dari kehidupan mereka...

Namun sekiranya tiada jodoh antara kami (hanya Kau yang mengetahuinya), aku redha.. Diriku hanya HambaMu Ya Allah..Yang perlu menerima setiap apa yang telah tertulis untukku kerana Kau tahu apa yang terbaik untukku dan untuknya tika dan masa ini.

Namun andai tiada jodoh antara kami, diriku ingin menjadi peneman dirinya sehingga ke akhir hayatnya.. ingin menjadi sahabat akrab dalam hidupnya. Ingin membahagiakan hidupnya dan hidup ibunya..Ya Allah, hanya itu doaku untuk diri ini..Untuk masa depanku..Ku tidak mendambarkan kehidupan berumah tangga kerana ku tahu hanya Allah yang berkuasa untuk menukar status diriku (bujang) kepada seorang isteri dan seorang ibu..Cukuplah dengan syarat diriku gembira di sisi mereka berdua..

Kuatkanlah dan tabahkanlah hatiku untuk mengharungi dugaan dan cabaran (segala kemungkinan yang bakal terjadi) di alam fana ini. 


Read more...

Jumaat, 7 Oktober 2011

Motivasi Pagi yang tersiar di Radio IKIM.FM jam 7:30 pagi, Rabu 7 Julai 2010

• Allah menjadikan manusia dengan potensi yang sama – semua boleh menjadi hebat. Iaitu apa yang dinamakan sebagai fitrah.
• Manusia sudah terbiasa hidup bergantung kepada bantuan manusia lain bermula daripada detik kelahiran hingga ke kematian. Kebiasaan ini jika tidak diurus tadbir dengan baik akan memberikan kesan yang tidak baik kepada potensi diri apabila kita terlalu terikat dengan bantuan orang lain.
• Justeru kehebatan manusia adalah bermula dengan pembebasan diri.
• Meminjam kata-kata Stephen Covey di dalam The 7 Habits: Manusia tidak boleh berperanan (efektif) selagi mana dia itu seorang yang DEPENDENT.
• DEPENDENT: Terikat atau tertakluk dengan banyak faktor luaran yang mengongkong diri – terikat dengan keadaan trafik, cuaca, fesyen, makanan, suami, isteri… Misalnya, seorang suami tidak boleh menjadi baik dengan alasan isterinya tidak baik. Atau seorang pemandu tidak boleh berhenti mencarut dan beralih kepada zikir kerana jalanraya yang terlalu sesak. Mood tidak baik kerana cuaca mendung. Keadaan seperti ini tidak memungkinkan seseorang itu menjadi efektif dalam kehidupan kerana dia tidak mempunyai kawalan ke atas diri sendiri sebaliknya dikawal oleh faktor-faktor itu tadi.




• Mesti bebaskan diri menjadi manusia yang INDEPENDENT.
• Apabila kita bebas barulah kita menjadi Master of Your Own Destiny.
• Benarkah begitu?
• Kebebasan itu boleh membinasakan. Cuba julang sebuah buku ke udara dan lepaskan ia dari pegangan. Atau layang-layang terputus tali.
• Oleh itu, kebebasan mesti ada tempat berpegang untuk memegang dan dipegang
• Kebebasan mesti dipimpin oleh prinsip. Guided by principles.
• Islam memberikan acuan yang sama malah lebih sempurna.
Nampakkah (Wahai Muhammad) keburukan keadaan orang Yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan Yang dipuja lagi ditaati? maka Dapatkah Engkau menjadi Pengawas Yang menjaganya jangan sesat? [Al-Furqan 25: 43]
• Ayat berkenaan menceritakan ada manusia hidup sebagai mangsa jajahan, bukan dijajah oleh Kuasa Asing tetapi dijajah oleh Hawa Nafsunya sendiri apabila tidak mempunyai kawalan ke atas diri dan sentiasa mengikut kehendak Nafsu. Misalnya, terpaksa makan kerana ada makanan.
• Inilah rahsia dan peranan besar Shahadah kita. Ungkapan (لا إله) – bermaksud membebaskan diri daripada dipertuhankan oleh hawa nafsu, oleh fesyen, malah oleh suami, isteri, majikan atau cuaca. Kita bebas menentukan pilihan tindakan.
• Namun kebebasan itu dipimpin dan ditunjang oleh prinsip yang datang pada bahagian berikutnya (إلا الله)
• Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang menjadi keutamaan tertinggi hidup kita, justeru mentunjangi kebebasan dan pilihan dalam hidup ini.
• Selamat membebaskan diri, dan memaksikan kebebasan itu pada sebuah pendirian yang berIlahkan Allah!


Read more...

Perjalanan hidupku kini..(Part 1)

Salam...dah lama rasanya tak update blog sendiri...semak punya semak, rupa-rupanya dah nak dekat tujuh bulan saya tak update blog saya..hehehe

Dalam masa tujuh bulan ni...emmm..macam-macam yang terjadi dalam hidupku.. dan saya dah 'officially'  tak meneruskan 'percintaan' dengan Yusuff. Actually,saya dah buat keputusan untuk tidak bercinta dengan Yusuff sejak pertengahan tahun 2010. Awal tahun 2010 pun, saya dah mula menjarakkan diri saya dengan Yusuff.. Ada alasan tertentu kenapa saya tidak meneruskan 'percintaan' dengan Yusuff.. Now, hidup perlu diteruskan dan Yusuff is no longer a part of my life.

Sekarang...saya sedang berkawan rapat pula dengan seseorang.Dia lah mat rockers!! Mat bikers :p hehhe..

Dia sentiasa menceriakan hidup saya..Dia sentiasa berusaha untuk membuatkan hidup saya gembira dan bahagia.. Perkenalan dengannya bermula di facebook.. Dan kami officially declare that we are fren on 11 Januari 2011.. Ari ni dah 7 Oktober 2011. Maksudnya dah hampir 9 bulan kami kenal..Sejujurnya, ingin ku kenali lebih banyak lagi tentang hati budinya..And satu yang ku pasti tentang dirinya, dia adalah ANUGERAH dalam hidup saya..Yang tidak saya sangka langsung akan menjadi sahabat saya yang saya sangat-sangat sayang..Dan satu doaku pada Allah, moga perkenalanku dengannya akan mendapat restu dan redha dari Allah dan kedua ibu bapa kami. Moga dia adalah jodohku..Jodoh yang telah tertulis untukku dan untuk dirinya..  Semoga dia dan diriku dapat bersama-sama selalu mengharungi liku-liku kehidupan (pendek kata:moga kami dapat berkahwin dan hidup saling melengkapi antara satu sama lain =)..


Read more...