Isnin, 30 Januari 2012

Januari 2012

Bulan ini bulan yang 'manis' bagi saya.. Bulan yang sukar untuk saya tinggalkan kerana terlalu banyak kenangan indah dan manis di dalam bulan ini..Semoga bulan Februari akan terus 'membahagiakan' diri saya dan dia.


Walaupun kadang-kadang hati saya berbelah bahagi kerana bimbangkan dirinya akan dicintai oleh wanita lain namun saya hanya seorang wanita.Yang kekadang terbit rasa cemburu. Cemburu kerana sayangkan dia. Cemburu kerana 'melihat' kesetiannya pada dia walau masa mereka berdua telah berlalu. 

Namun, saya perlu ingat! Saya hanya manusia.. Yang tak mungkin dapat membaca dan meramal apa yang akan terjadi suatu hari nanti. dan saya akan terus cuba sedaya upaya untuk tidak memikirkan hal-hal yang negatif kerana perkara negatif ini hanya akan merosakkan sesebuah perhubungan. Apa yang penting untuk saya sekarang ini ialah saya akan terus setia dengannya dan terus menyayanginya. Kerana saya tahu di dalam hatinya,saya sentiasa dekat. :) Dan ia sudah cukup untuk saya berasa bersyukur dan berterima kasih pada si dia kerana dia sudah cuba memberikan perhatian dan kasih sayang dia untuk saya..

Saya hargai kehadiran dia dalam hidup saya. Saya bersyukur sangat-sangat pada Allah kerana 'pertemukan' kita. Walau apa pun rintangan dan halangan yang akan berlaku dalam hidup kita, saya akan sayangkan dia sama seperti mana saya sayangkan mak dia dan keluarga saya sendiri.

Sayang,kehadiranmu dalam hidup saya membuatkan saya jadi makin kuat dan semangat. Bersemangat untuk mengharungi hari-hari yang akan datang dalam hidup. Saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaan diri saya tanpa dirinya. Seolah-olah saya akan 'mati' tanpa dirinya. Mungkin seolah-olah seperti manusia tak bernyawa. atau mungkin mati jiwa saya kerana tidak dapat melihatnya dan bercakap serta berborak dengannya.

Terima kasih cinta..Terima Kasih Pemberi Cinta ini (ALLAH) kerana telah menganugerahkan dirinya untuk saya sayangi. Menganugerahkan dirinya adalah satu rahmat dalam hidup saya. Dan saya menghargai setiap saat ini. Anugerah untuk disayangi dan dicintai. dan bukan anugerah untuk dimiliki mutlak kehidupannya.. Kerana hanya ALLAH berkuasa dan Allah mempunyai hak mutlak ke atas setiap manusia di muka bumi ini..

Walaupun kita sebagai manusia tak pasti apa yang akan terjadi nanti, namun saya tetap akan berusaha untuk menjaga dirinya,perasaannya sepertimana dirinya sering menjaga dan menasihati saya.. Kita akan bersatu jua suatu hari nanti.. :) dan saat itu akan jadi saat yang paling manis dalam hidup saya.Sepertimana manisnya hidup saya sekarang dengan adanya dirinya di sisi saya.. 


Read more...

Cinta...

Hidup tidak selalu indah..cinta tidak selalunya memiliki dan dimiliki..Untunglah pada sesiapa yang saling mencintai dan dicintai serta hubungan mereka berakhir sebagai suami dan isteri.


Bahagia itu terlalu subjektif. Cinta pun subjektif. Ku bahagia bila dia bahagia.. Namun sekiranya bahagia dia itu bersama-sama orang lain, aku tetap akan bahagia. Bahagia bagi pihaknya..  Ku takkan marahkan dia. Ku takkan salahkan dia. Kerana ku tahu dia sudah cuba untuk menjadi yang terbaik untuk semua orang di sekelilingnya termasuk untukku..Hati dan perasaannya,hanya dia sendiri yang tahu siapa yang di hatinya.

Aku faham..dia pernah menderita.dia pernah disakiti.Dia pernah dilukai. Malah dia terlalu penat disakiti,dilukai..dan dia tak pinta semua ini berlaku di dalam hidupnya. Dia berhak mendapatkan kebahagiaan itu walau dengan sesiapa pun.. Aku pasrah. Aku redha dan aku tak salahkan takdir atas semua yang terjadi ini.. Namun aku tetap bersyukur. Di beri peluang menyayangi dan mencintainya. Kerana dirimu begitu berharga untuk dilukai..untuk dikhianati dan untuk disakiti..

Aku sayang kamu.. Terlalu sayangkan kamu..Aku ingin dirimu bahagia..Aku ingin melihat senyum mu yang 'puas' kerana dapat merasa bahagia walaupun ia mungkin sudah atau agak lewat (jika diukur dari segi usia).

Carilah dan kejarlah kebahagiaan dalam hidupmu kerana diriku takkan pernah menghalang dirimu. Diriku akan sentiasa menyokong setiap tindakanmu. Menyokongmu dari dulu lagi..sejak diriku bergelar 'adikmu'..Diriku takkan mempersoalkan setiap langkah dan tindakanmu..Diriku tahu kau mampu mendapatkan apa yang kamu mahu.

Dan percayalah..doaku sentiasa untukmu..Setiap detik dan setiap saat..  :) i'm really happy for u.. and good luck for u in the future.


Read more...

Jumaat, 20 Januari 2012

Syukur padaMu Tuhanku Yang Satu

Allah..

Terima kasih banyak-banyak..Syukur padaMu kerana banyak memberi nikmat dan rahmat pada diriku. Saya gembira..Saya bahagia. 

Ada banyak sebab untuk saya berasa bersyukur dan bergembira dengan hidup saya sekarang ni. Allah temukan saya dengan dia..Dia pelangi dalam hidup saya. Dia sinar matahari untuk saya. Dia mesin basuh saya.hahaha...

Sesungguhnya..Allah telah memberikan diri saya nikmat dan kegembiraan. Sudah jarang saya nak buat muka sedih atau muncung atau masam. Saya sendiri sudah dapat merasakan perubahan itu. Sekarang saya selalu ketawa (kekadang ketawa saya sangat-sangat kuat sampai dia suruh saya slow down the volume), gembira dan ceria. Dan saya yakin..dia juga nampak perubahan air muka saya yang satu ini..Kekadang sahaja saya sedih (namun bagi saya,itu normal sebab saya ni manusia). Tapi sesungguhnya,saya tidak pernah sedih kerana kesempitan hidup yang saya hadapi waktu ini. Saya tidak sedih kerana kekurangan dana. Malah saya lebih bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang. 

Ya Allah..semoga hubungan kami mendapat restu dan redha Mu.Kau satukanlah hatiku dengan hatinya..Kau permudahkanlah urusan kami untuk mendirikan masjid. Semoga Allah merealisasikan mimpi kami untuk disatukan mengikut jalan yang diredhai olehMu.Amin... =)



Read more...

Khamis, 19 Januari 2012

Sayang kamu!!

Saya sayang kamu..sangat-sangat sayangkan kamu.. Sanggup bersusah dan senang keranamu dan bersamamu. Walaupun susah, tapi saya tahu, hati saya akan gembira dan bahagia asalkan ada kamu di sisiku.


Apa istimewanya kamu di mataku? Entah la..kekadang saya sendiri pun tak faham.Kenapa saya boleh menyintai seseorang sekuat ini? dan saya yakin kamu juga kerap terfikir perkara yang sama tentang diriku. Cuma kamu tidak menyatakannya kepada diriku.. Saya kagum dengan diri saya sebab saya boleh jadi sekuat @ setabah@ secekal ini untuk mengharungi ini semua bersamamu. 

Dulu,diriku selalu bertanya..kenapa kamu suka saya. Adakah kerana saya suka kamu?atau adakah kerana kamu kesian kat saya?atau adakah kamu rasa 'perlu'nya ada kamu di sisi saya? Dan kini..diriku sudah tidak kisah/ peduli untuk mengetahui sama ada dirimu menyayangi diriku kerana apa..Kerana bagiku, itu semua tidak penting. yang penting dirimu sentiasa dekat di hatiku 

Apa yang penting untukku sekarang, asalkan dirimu bahagia. Asalkan dirimu gembira. Itu sudah cukup untuk buat diriku terasa turut bahagia dan gembira. Jika dirimu bahagia dan gembira, sesungguhnya diriku juga turut bahagia dan gembira.



Read more...