Jumaat, 2 Mac 2012

Sunyi

Sunyi office waktu lunch break ni..Terutamanya bila lunch break hari Jumaat. Maklumlah ari jumaat rehatnya panjang sikit dari hari-hari biasa.

Kuar dari bilik office je, tengok kiri kanan.Tak ada langsung orang..Memang sunyi giler..Sunyinyer aku rasa... Kekadang apabila sunyi kita rasa gembira. Gembira sebab boleh melakukan apa-apa tanpa ada orang akan memerhatikan gerak geri/ tingkah laku kita(perasan lah sangat!!saper lah nak perhati kan saya ni..hehe)

Namun apabila kita 'selesa' berada di dalam zon sunyi ini, kita akan mula rasa bosan. Rasa tak seronok.. Rasa macam tak tahu nak buat apa..Terasa macam mintak mintak lah ada orang lalu lalang di sini. Ley gak tengok atau senyum-senyum..hehehe.

Sunyi kekadang bagi ku mengajarku untuk muhasabah diri @ berfikir. Menilai baik buruk diri sendiri. Mengimbau kenangan kenangan bersama family dan insan-insan yang pernah hadir dalam hidup saya. Mengimbau tak semestinya rindu..Sungguh!!dalam hidupku kini cuma ada dia..Dia yang sentiasa ku sayang.Dia yang sentiasa ku rindu..Dialah segala-galanya dalam hidupku kini.. Walau ada ketikanya ku dan dia diam seketika dari berborak/berbual, namun ku tahu, kami amat sayangkan hubungan ini...Namun sudah adat manusia, sesiapa pun yang pernah muncul dalam diri mereka sama ada insan tu pernah berlaku baik atau sebaliknya kepada kita, kita tetap akan teringatkan mereka. Namun teringat itu bukan bermaksud sayang atau rindukan insan-insan tersebut.

Bila teringatkan dia, ku akan tersenyum. Teringatkan kenangan-kenangan dengan dia. Dia yang kini ku harapkan adalah jodohku, bakal suamiku, bakal abah kepada anak-anak kami.. :) Ku rindu... rindu dia.. Walaupun tiap-tiap hari kami berjumpa, namun pabila sunyi, ku akan teringatkan dia.. Rindu dengan gelagatnya..Keletahnya..senyumannya..(ku sentiasa mahu abadikan semua tingkah lakunya dalam minda dan sanubariku selalu..kerana ia akan buatku gembira dan ketawa sendiri pabila berjuahan darinya) kekadang, biarlah dia hanya membisu di depanku, namun ku tetap gembira..

Adakah aku terlalu ikutkan perasaan?? Perempuan?Eemmm..susah lari dari 'membuai' perasaan sendiri. Dan syaitan pun tahu kelemahan perempuan itu dan sentiasa menggoda perempuan untuk terus membuai perasaan mereka.. Walau ku cuba untuk tidak ikutkan perasaan 'membuai' itu, namun ku tewas juga. Tetapi sesungguhnya,itulah salah satu caranya untuk kunyatakan sayang dan cintanya aku kepada dia walaupun ungkapan itu diucapkan ku hampir setiap hari..

Sunyi tetap ada 'indahnya'.. Kerana dengan sunyi lah aku akan sentiasa ingatkan dia.Ingatan yang tak pernah pudar dan lupus kepadanya..Sekuat ingatan ku pada ALLAH,ibu dan ayahku,adik beradikku.Pilu atiku bila perlu berjauhan darimu sayang. Namun berjauhan ini pastinya akan menguatkan lagi ikatan kasih sayangku padamu (walau berjauhan itu cuma sehari atau separuh hari..separuh hari pun rindu??emm...giler ker aper aku ni!hehe). Percayalah sayang... Love you always sayangku...



Read more...

Khamis, 1 Mac 2012

Umrah

Saya akan mengerjakan umrah pada 7 Mac 2012 sehingga 23 Mac 2012. Fuh!!satu jangka masa yang lama. Perasaan di hati saya kini berbelah bahagi. Sedih bila mengenangkan saya perlu meninggalkan orang tersayang di Malaysia namun dalam masa yang sama saya rasa teruja @ gembira @ takut dan macam mana lagi apabila saya akan pergi ke rumah Nya dan menghadapNya..PENCIPTA YANG SATU..

Saya perlu kuatkan semangat dan  hati untuk berjauhan sementara dari si dia..Sabar lah wahai hatiku dan hatinya..Saya akan doakan sayang selalu di sana nanti. Saya akan doakan mak juga di sana. Saya akan doakan kebahagiaan kita banyak-banyak..

Sayang..ketahuilah...ku tak sanggup berjauhan darimu..Hidupku tak ceria tanpamu..(namun ku perlu kuat di depanmu walaupun atiku pun cukup sedih bila berjauhan darimu). Sayang, ku mahu kau tahu..Hidupku sungguh bermakna bila dirimu berada di sisiku (sebenarnya saat dirimu 'muncul' di dalam hidupku). 

Sayangku..tiada kata yang mampu ku ucapkan saat diriku akan berjauhan darimu.Namun hanya jasad saya yang berjauhan dari sayang.Ati saya akan sentiasa dekat dengan sayang walau di mana saya berada. Saat menjejakkan kaki ke sana nanti, andai saya 'terlupa' seketika kepada sayang (Kerana orang cakap kalau pergi sana, kita tak ingat dah yang di sini. Hanya ingat Allah saja), itu hanya kerana ingatan saya akan beralih lebih kepada ALLAH..Bukan kerana wujud insan lain di dalam hati saya.Dan saya faham bahawa sayang pun tentu akan mengerti situasi saya ini.

Sayang...banyak benda saya nak cakap dengan sayang. Tentang kesepian saya nanti.Tentang kesunyian saya. Tentang perlunya sayang di dalam setiap 'langkah' saya. Namun saya perlu utamakan Allah.Kerana dengan kuasa Allah jugalah kita berjumpa.dan ketahuilah saya ke sana untuk kita.Supaya kita mendapat 'kuasa' Allah agar hubungan kita nanti akan mendatangkan lebih rezeki, lebih ceria, lebih dirahmati dan lebih diberkati olehNya.Kerna dengan 'kuasa' DIA sahajalah apa-apa yang mustahil di dunia ini akan berlaku dengan izinNya.

Sayang..mahu ku kucup tanganmu puas-puas..Moga kau maafkan aku sepanjang perkenalan kita. Saya tak tahu nasib saya di hadapan Nya lagi (entah balik ke Malaysia semula ataupun tidak). Tapi saya mahu kamu tahu yang aku sayang bangat sama kamu. Terlalu mencintaimu..

Terima kasih kerana sering mengungkapkan kata-kata cinta kepadaku. Walaupun ku tahu kau bukan jenis suka cakap madah-madah cinta namun kata-kata cintamu tersusuk dalam ati dan sanubariku.Kerana kekadang bila dirimu mengungkapkan ia, ku terasa mahu mengalir air mataku. Ku berasa syahdu dan sayu..Namun dalam masa yang sama ku gembira kerana kata-kata itulah pemberi semangat untukku saat ku terasa 'dibuli'..(hehehe)



Read more...