Ahad, 16 Mei 2010

KHASIAT AIR GAHARU...MARILAH MENCUBA!!


MENGAPA KAYU GAHARU SANGAT BERNILAI?

Gaharu berasal dari perkataan Sanskrit ia itu ‘agaru’ yang bererti kayu berat (tenggelam) - menghasilkan produk damar atau resin dengan aroma yang harum apabila dibakar. Kayu gaharu dikenali juga sebagai agar woodaloes wood dan eagle wood.

Kayu gaharu mengandungi bahan agarospiral, jinkoholeremol yang menghasilkan aroma gaharu untuk kegunaan minyak wangi. Manakala komponen methoxypenylethyl chrome pula menghasilkan bahan yang harum apabila gaharu dibakar.

Pengguna gaharu merentasi sempadan negara, bangsa dan agama. Gaharu digunakan untuk tujuan keagamaan China, unanai, ayuravedik dan Tibet di timur tengah gaharu dibakar untuk mengharumkan rumah.Manusia menggunakan gaharu semasa hidup dan ketika berlaku kematian. Ia digunakan juga untuk tujuan perubatan dan juga kecantikan.

Daun, akar dan kulit gaharu digunakan sebagai ubat anti malaria sementara air sulingan penghasilan gaharu dimasukkan perubatan selepas bersalin, antibiotik, antikanser, penyakit kewanitaan, demam, sakit badan dan sakit perut.

Gaharu digunakan sebagai bahan kecantikan sejak berabad yang lalu keranabaunya yang eksotik, harum dan mewangi seperti bunga. Serbuk daripadabatangnya digunakan untuk menghasilkan barangan kecantikan, sabun, lilin, ibat-ubatan dan minyak wangi.

Keharumannya dapat digunakan dalam bidang meditasi untuk mengurangkan stress. Ia juga penyakit kulit seperti kegatalan dan bengkak. Minyak gaharu dapat memberi ketenangan dan kerehatan minda. Ia juga dapat menyembuhkan kesan terbakar, menghalang pengeluaran peluh secara berlebihan serta membantu keseimbangan badan.

Pati minyak dan adunan kayu gaharu berkhasiat merawat penyakit kulit seperti jerawat, ulser dan ruam. Khasiat kayu yang pelbagai menyebabkan kayu gaharu digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk wangian, krim, ubat salap, loysen, barangan hias diri dan minyak urutan.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan air sulingan gaharu bolehlah berhubung dengan SAYA..
Air gaharu ni saya dapat daripada Yusuff..Siapakah dia?? Nanti saya cerita mengenai dia kepada anda semua..


Read more...

BILA KEHIDUPAN SAYA AKAN BERUBAH?!

Hidup ni berliku-liku.. Bila la agak-agaknya kehidupan saya ini akan menjadi lebih baik/ lebih bagus atau sekurang-kurangnya lebih terurus? Bukannya saya tidak mensyukuri nikmat dan kurniaan dari Allah tapi sebagai manusia, kita sentiasa tidak berpuas hati dengan kehidupan ni.. Tanyalah siapa pun di dunia ni, tentu ada detik-detik yang sukar untuk dilaluinya...Emm.. inilah namanya kehidupan.. tanpa masalah atau jalan-jalan yang berliku, tentu kita sebagai manusia tidak mengenal erti kehidupan yang sebenar..


Dulu masa kecil-kecil, selalu dengar orang sekeliling memperkatakan bahawa alangkah gembiranya hidup ini sekiranya kita masih anak kecil.. tak perlu memikirkan soal kewangan, soal makan minum dan segala persoalan yang perlu dipikirkan oleh orang dewasa.. Semakin dewasa seseorang itu, semakin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Semakin dewasa seseorang itu, semakin berat tanggungjawab yang perlu ditanggung.


Adakah saya sanggup memikul tanggungjawab yang lebih besar tika usia saya semakin meningkat? Mungkin sebab itu, Allah tidak mengizinkan saya bernikah dengan Yusuff. Mungkin Allah lebih tahu yang saya tak sanggup atau tidak boleh menanggung tanggungjawab sebagai seorang isteri, peneman saat susah dan senang untuk Yusuff dan saat usia Yusuff semakin meningkat, saat Yusuff sakit/ tidak sihat.. Allah Maha Mengetahui sesuatu itu dan saya tidak akan sesekali mempersalahkan Allah di atas apa yang akan berlaku. Kerana setiap apa yang telah dan akan berlaku itu ada hikmahnya..





Mungkin saya perlu menjalankan tanggungjawab sebagai anak sulung yang solehah terlebih dahulu. Perlu lebih menjaga adik-adik saya yang ramai. Dan yang paling penting perlu mendapatkan sumber pendapatan/ kewangan yang stabil.. Maklumlah sekarang ni pun saya bekerja sebagai pegawai kerajaan berstatus kontrak sahaja.. Dapat kerja ni pun atas jasa bapa saya.. Huh... makin lama usia makin meningkat dan makin sukar untuk saya mendapatkan pekerjaan tetap...Tetapi saya besyukur kepada NYA kerana sekurang-kurangnya saya tidak menganggur atau dalam istilah lain tidak bekerja langsung..


Read more...