Isnin, 30 April 2012

Masak

Tetiba hari ni saya nak bercerita tentang masak. Kalau ditanya pada saya, bukan saya tak minat nak memasak. Saya ada keinginan nak masak tetapi kekadang (selalunya..haha) masakan saya hanya untuk tekak saya jer..Kalau tekak orang lain, lain pula rasanya..hehe...Namun yang pasti saya ni 'kaki' makan..Tambah-tambah kalau ada makanan/ masakan yang sedap di depan mata. Memang bertambah-tambah lah jawabnya..

Saya menyimpan cita-cita untuk masak yang best-best untuk orang yang saya sayang. Masak macam-macam makanan dan mendapat 'tumbs up'(pujian) dari dia. hehe...(angan-angan minah jenin jer saya ni). Tapi satu yang saya tahu, dia pandai memasak. Bagi saya,dia sangat-sangat pandai memasak. Sedap giler masakan dier. Memang boleh menambat hati dan kalbu saya (eh ehh....siapa yang lelaki ni?saya ker dia?..ni dah macam  dah 'terbalik' je ni..hehehe :) 

Saya suka bila dapat makan masakan dari dia. Walaupun masakan tu masakan semalam malam ker, pagi semalam ker (masakan yang dia simpan dalam peti ais dan bagi kepada saya bila dia jumpa saya)..tapi saya boleh makan masakan dier berulang-ulang kali sebab memang sedap masakan dia. Allah kurniakan saya dengan bakal teman hidup saya yang pandai memasak. Tapi lagi sweet rasanya kalau saya pun terror bab memasak ni. Ley lah buat pertandingan memasak dengan dia..hahaha....Malangnya, saya memang fail bab memasak ni.Of course sebelum akad nikah dan kawen nanti, saya kena polish skill ini..At least saya kena tahu masak masakan kegemaran dia.

Begitulah istimewanya dan hebatnya dia di mata saya! Walaupun orang lain melihat dia sebagai seorang insan yang biasa-biasa sahaja tetapi bagi saya, saya melihatnya sebagai seorang yang hebat dalam bab-bab memasak. Bagi je lah apa pun bahan untuknya masak,insya allah dia akan boleh buat. Dia just campak-campak jer dalam kuali...hahah..

Sorry ya sayang sebab dapat awek yang tak pandai memasak..Masakan saya tak setanding sayang tapi saya akan cuba dan berusaha untuk menjadi suri rumah yang pandai memasak suatu hari nanti.. :)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan