Jumaat, 17 September 2010

Gambar kanak-kanak

Teka ni gambar siapa?? Comotnyer dia!Jeng-jeng jeng..




ni lah gambarku sewaktu
sewaktu masih kanak-kanak..comot kan?? hahaha.. comel?? oh..mesti la...


Read more...

Rabu, 15 September 2010

Kebenaran Disebalik Kebenaran Dan Penipuan Iklan Raya 2010 TV3

Pada (5/9/2010) Buletin Utama TV3 kalau korang perasan,pemberita ada meminta maaf kepada umum berkenaan dengan iklan yang disiarkan mereka menyentuh hati masyarakat islam dek kerana iklan yang berunsurkan seperti santa claus

Kebenaran Disebalik Kebenaran Dan Penipuan

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas.

Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.



Scene 1
Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran




Scene 2

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted)
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism




Scene 3
Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian


Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?



Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.



Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh.



Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).

Sharing is caring..Sampaikan kepada semua..

Pada pendapat saya, iklan ini telah menghina agama Islam secara halus dan tanpa disedari.. Cuba bayangkan kalau yang melihat iklan ini terdiri daripada kanak-kanak yang masih kecil dan tidak tahu menilai yang mana elok dan tak elok.. Tentu haru biru ibu bapa nak memberikan penjelasan kepada anak-anak mereka..


Read more...

Pesanan buat saudara-saudara Islam sekalian..

Peringatan ini adalah ditujukan khas untuk diriku sendiri dan saudara saudari seagama denganku..

Waktu diharamkan sembahyang ialah:

1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit. ie subuh from
5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am

MAKA..JANGANLAH AMALKAN LAMBAT SEMBAHYANG SUBUH TUUUUU....

Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan
sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org yang menyembah matahari.

Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7.00pg dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.

2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri
tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor.

Waktu fadilat/ afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan ie 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan hingga 10.30mlm.

Wallahualam. Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

INGAT LER KENGKAWAN..JANGAN LEWAT2KAN SOLAT KERANA HAL2 YG TAK PENTING...SOLAT KENA JAGA TU AMALAN YG PERTAMA DIHISAB


Read more...

Isnin, 12 Julai 2010

Lagu favourite buat masa ni..







Lagu nyanyian kumpululan Radja bertajuk "Terus terang"




Ni lirik bagi lagu tersebut:

jangan pernah kau katakan woo woo
bahwa cintaku terlarang woo woo
karna tak ada yang tahu
arti cinta sesungguhnya

cinta datang dari tuhan woo woo
yang tak mungkin ku hindarkan woo woo
karna aku manusia
yang pastinya butuh cinta

reff:
kepadamu aku terus terang
bahwa aku memang masih sayang
demi kamu aku relakan perpisahan

hanya kamu yang aku sayang
bersamamu jiwaku melayang
demi kamu aku relakan perpisahan

cinta datang dari tuhan woo woo
yang tak mungkin ku hindarkan woo woo
karna aku manusia
yang pastinya butuh cinta

repeat reff

cinta datang dari tuhan woo woo
yang tak mungkin ku hindarkan woo woo
karna aku manusia
yang pastinya butuh cinta

repeat reff

ooo perpisahan

cinta datang dari tuhan


Read more...

Selasa, 6 Julai 2010

Gambar bercuti di Korea


Pernah tak anda pergi ke tempat-tempat terindah macam ni?? 






Read more...

Jumaat, 2 Julai 2010

Ucapan saya di majlis "morning prayers"

Di Bahagian ni (tempat saya bekerja kontrak sekarang), setiap hari Isnin akan ada satu majlis dinamakan morning prayer. Ala-ala macam perhimpunan masa di sekolah dulu.. Tup-tup tiba lak giliran saya untuk berucap pagi Isnin tu.. Alamak..berdegup gak jantung saya ni.. Dapat memo memaklumkan yang saya kena bagi ucapan ni pun hari Khamis (minggu sebelumnya). Agak kelam kabut la saya menyiapkan teks ucapan saya. Dicampur pula dengan keadaan saya yang tak biasa nak berucap di depan khalayak ramai. Jadi saya pun sediakanlah teks ucapan seperti berikut……

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi diucapkan kepada Setiausaha Bahagian xxxxx (nama Bahagian saya bekerja, TSUB-TSUB, KPSU-KPSU,dan rakan-rakan sekalian.
Pada pagi ini,tibalah giliran saya  xxxxxxxx (nama saya) pula untuk memberikan ucapan pada majlis “Morning Prayer” ini.

Saya akan memperkatakan mengenai Tips-tips Untuk Rasa Seronok Bekerja.

Setiap hari anda bekerja, 5 hari seminggu, 20 hari sebulan. Saban hari semakin banyak masa disedekahkan pada komitmen di tempat kerja. Overtime, outstation, mesyuarat, kursus, seminar, konvensyen dan banyak lagi. Kerja sudah menuntut peratusan yang besar dalam kehidupan kita sehari-harian.

Apabila sebahagian besar hidup kita diperuntukkan untuk kerja, kenapa kita perlu tertekan dengan kerja? Adakah kita perlu habiskan masa sehingga lapan jam sehari berada dalam keadaan stress dan murung? Tertekan atau tension? Adakah perlu begitu?

Kebiasaannya, kita tertekan/stress adalah disebabkan oleh tiadanya perasaan seronok untuk menjalankan sesuatu pekerjaan atau tugasan atau dengan kata lain, terpaksa untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan. Suka atau terpaksa melakukannya,kerja merupakan suatu ibadah, amanat dan tanggungjawab kita kepada agama, negara dan bangsa.  

Golongan pekerja yang selalu murung / tak bersemangat di tempat kerja dapat dilihat melalui tingkat laku seperti setiap petang hari Jumaat, langkahnya laju meninggalkan pejabat sambil tersenyum riang. Apabila tiba pagi Isnin, terasa berat kaki dan hati untuk melangkah semula ke pejabat. Sekiranya fenomena ini berterusan, ia akan merudumkan paras produktiviti seluruh pekerja dalam negara kita.

6 sebab orang tak ceria/seronok di tempat kerja, antaranya :
  • mereka tak nampak perlunya keceriaan dan keseronokan di tempat kerja,
  • kebanyakan orang jarang berdoa untuk menjadi seronok di tempat kerja
  • mood yang bertukar-tukar, tak terkawal dan asyik dilanda ‘bad mood’.
  • suasana kerja yang membosankan,
  • masalah-masalah peribadi terbawa ke tempat kerja sehingga tenggelamnya rasa seronok bekerja.
  • kurang sihat, fizikal dan mental.
Justeru, bagaimana mengatasi permasalahan ini?
Caranya adalah, tanamkan keseronokan bekerja di dalam diri masing-masing. Bagaimana pula mewujudkan rasa seronok itu
Beberapa tips ini di harap dapat memberikan keseronokan sewaktu bekerja:


1.       Sentiasa berdoa agar diberikan keseronokan untuk bekerja.

·         Tiap-tiap hari apabila anda bangun pagi, berdoa dan memanjatkan kesyukuran pada Tuhan kerana anda masih lagi diberi nikmat untuk hidup dan sihat.  Sebelum melangkah masuk ke pejabat, mulakan dengan niat bekerja kerana Allah (Tuhan). Perlu mengingati Tuhan dalam setiap perkara yang dilakukan. Perlu menyempurnakan ibadah-ibadah wajib pada waktunya. Perlu menyempurnakan hak orang lain, terutamanya janji

2.      Memulakan keseronokan dalam diri.

Keseronokan dan keceriaan bermula daripada diri kita.
  • Jangan mengharapkan keseronokan dimulai oleh orang lain. Jangan ikut mood orang lain dan jangan keje mengikut mood. Kita kena pandai mengawal mood, supaya keceriaan dan keseronokan bekerja sentiasa ada.
·         Tangkis segala perasaan marah, dendam, iri hati, cemburu, sakit hati dan sebagainya.  

·        Jangan izinkan orang lain buat kita tak ceria dan tak seronok.

·     Ceriakan orang di sekeliling anda, maka segala kerja yang berkaitan akan jadi seronok dan mudah

·       Bantu rakan-rakan dalam melakukan kerja akan membuatkan kita rasa seronok

3.       Minda Positif/tanamkan sifat positif dalam diri

·       Elakkan dari berfikir unsur-unsur negatif dan bercakap mengenai perkara-perkara yang negatif. Bataskan pergaulan dengan orang-orang yang berfikiran negatif
Mempunyai semangat yang kuat dan mampu menerima cabaran yang mendatang.
Bersikap tenang dan lakukan kerja dengan menetapkan matlamat/pencapaian yang perlu dipenuhi setiap hari.

4.       Sentiasa memaafkan semua orang sebelum tidur

·         Stress di tempat kerja kadang2 timbul disebabkan oleh perasaan tidak puas hati dengan rakan sekerja,bos atau sesiapa sahaja di tempat kerja

5.       Ubah rutin harian.

Kalau rasa bosan/penat, buatlah senaman-senaman ringan. Cuba ubah rutin harian anda menjadi lebih menarik. TUKAR SUASANA pejabat seolah-olah anda sedang berada di rumah anda.

Macammana nak tukar suasana?


1- Hias meja/tempat bekerja

Anda boleh letak bunga dalam pasu kecil dan letakkan atas meja/tempat anda. Boleh juga lekatkan gambar-gambar suami/isteri, anak-anak, ibu bapa atau gambar sesiapa saja yang anda suka. Selain itu, boleh juga lekatkan kata-kata motivasi yang boleh membakar semangat anda.



           2- Jangan biarkan meja bersepah

Susunlah dokumen dan kertas-kertas atas meja anda dengan rapi. Jangan biarkan ia berserabut, bersepah dan kusut masai. Sebab ia hanya akan memeningkan kepala anda.


3- Sembur ‘air freshener’ kegemaran anda

Ambil inisiatif untuk beli ‘air freshener’ kegemaran sendiri. Semburkan ‘air freshener’ untuk memberikan kesegaran di tempat duduk anda.



           4- Tukar ’style’ tempat duduk sekali sekala

Apabila anda rasa sedikit bosan dengan kedudukan barang-barang, anda boleh lakukan beberapa pertukaran  Contohnya, tukar susun atur barang-barang di meja anda, tukar tempat letak tray dokumen, tukar bunga, tukar gambar desktop dan macam2 lagi. Pendek kata, cuba ubah ’style’ meja tempat duduk supaya menjadi lebih ‘fresh’ dan ‘baru’. Dengan itu,anda dapat merasakan satu suasana yang berbeza dan ‘fresh’.

Bila kita seronok bekerja, kita akan :    
  • sihat mental dan fizikal
  • mempamerkan air muka yang ceria
  • lebih produktif
  • otak akan menjadi lebih kreatif
  • akan dapat ramai kawan dan orang senang berkawan, aura keseronokan memancar pada orang lain
  • jadi lebih positif
  • Kita akan lebih bahagia apabila kita seronok bekerja kerana hati yang gembira akan membuatkan kerja kita jadi seronok,
Akhir kata, Jadikanlah pekerjaan anda sekarang sebagai universiti. Tempat berlatih untuk mempersiapkan diri dalam rangka menjadi pekerja yang serba boleh dan serba tahu.
Sekian terima kasih.


Then selesai je ucapan saya, saya dapat tepukan gemuruh.. Huh..lega rasanya. Masa saya bagi ucapan tu, ada gak yang tergelak dan ketawa mendengar ucapan saya. Maklumlah saya masukkan “jokes” sekali.. Ada yang bagi komen, intonasi dan gaya saya cakap. Diaorang cakap macam guru besar tengah bagi ucapan. HAHAHA… 

Apa-apapun saya rasa bersyukur dan gembira dapat memberikan ilmu dan sedikit panduan kepada meraka semua…




Read more...

Jumaat, 4 Jun 2010

Latar belakang diriku

Salam semua..aku nak citer serba sedikit mengenai kehidupanku.. Aku anak sulung dari 6 orang adik beradik.. Kehidupanku boleh dikatakan agak berada.. Bagi aku istilah berada ini ialah apa jer yang aku atau adik-adik aku nak, insya allah parents aku boleh usahakan. Parents aku kedua-duanya kerja di sektor awam. Mak aku guru cemerlang dan ayah aku pegawai kerajaan di salah sebuah Kementerian di Putrajaya. Aku lak sekarang ni kerja di sektor awam tapi aku cuma bekerja sebagai kontrak. Bukan kontrak JPA/ SPA tapi kontrak Bahagian.. Em.. kalau nak dikira-kira aku ni macam pengganggur gak la.. Cuma aku ada kerja. Aku tak anggap diri aku dah ada kerja sebab aku hanya bekerja kontrak.Bukan tetap dan risiko orang bekerja kontrak ni macam-macam. Kalau tak perform nanti orang kata "ala..budak kontrak je tu".. "Sebab tu la tak dapat tetap lagi"..Macam-macam statement yang boleh dilemparkan..


Tapi aku tetap rasa bersyukur sebab walaupun aku hanya kontrak di sektor awam, tapi sekurang-kurangnya aku ada income yang masuk tiap-tiap bulan (ada gaji).. Dan aku cuba sedaya upaya melakukan kerja di pejabat sebaik mungkin. Aku nak buktikan walaupun aku kerja kontrak je tapi aku boleh perform sama macam orang dah kerja tetap.

Setakat ni la dulu...ada banyak lagi nak citer tapi ada kerja lain yang menanti...



Read more...

Ahad, 16 Mei 2010

KHASIAT AIR GAHARU...MARILAH MENCUBA!!


MENGAPA KAYU GAHARU SANGAT BERNILAI?

Gaharu berasal dari perkataan Sanskrit ia itu ‘agaru’ yang bererti kayu berat (tenggelam) - menghasilkan produk damar atau resin dengan aroma yang harum apabila dibakar. Kayu gaharu dikenali juga sebagai agar woodaloes wood dan eagle wood.

Kayu gaharu mengandungi bahan agarospiral, jinkoholeremol yang menghasilkan aroma gaharu untuk kegunaan minyak wangi. Manakala komponen methoxypenylethyl chrome pula menghasilkan bahan yang harum apabila gaharu dibakar.

Pengguna gaharu merentasi sempadan negara, bangsa dan agama. Gaharu digunakan untuk tujuan keagamaan China, unanai, ayuravedik dan Tibet di timur tengah gaharu dibakar untuk mengharumkan rumah.Manusia menggunakan gaharu semasa hidup dan ketika berlaku kematian. Ia digunakan juga untuk tujuan perubatan dan juga kecantikan.

Daun, akar dan kulit gaharu digunakan sebagai ubat anti malaria sementara air sulingan penghasilan gaharu dimasukkan perubatan selepas bersalin, antibiotik, antikanser, penyakit kewanitaan, demam, sakit badan dan sakit perut.

Gaharu digunakan sebagai bahan kecantikan sejak berabad yang lalu keranabaunya yang eksotik, harum dan mewangi seperti bunga. Serbuk daripadabatangnya digunakan untuk menghasilkan barangan kecantikan, sabun, lilin, ibat-ubatan dan minyak wangi.

Keharumannya dapat digunakan dalam bidang meditasi untuk mengurangkan stress. Ia juga penyakit kulit seperti kegatalan dan bengkak. Minyak gaharu dapat memberi ketenangan dan kerehatan minda. Ia juga dapat menyembuhkan kesan terbakar, menghalang pengeluaran peluh secara berlebihan serta membantu keseimbangan badan.

Pati minyak dan adunan kayu gaharu berkhasiat merawat penyakit kulit seperti jerawat, ulser dan ruam. Khasiat kayu yang pelbagai menyebabkan kayu gaharu digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk wangian, krim, ubat salap, loysen, barangan hias diri dan minyak urutan.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan air sulingan gaharu bolehlah berhubung dengan SAYA..
Air gaharu ni saya dapat daripada Yusuff..Siapakah dia?? Nanti saya cerita mengenai dia kepada anda semua..


Read more...

BILA KEHIDUPAN SAYA AKAN BERUBAH?!

Hidup ni berliku-liku.. Bila la agak-agaknya kehidupan saya ini akan menjadi lebih baik/ lebih bagus atau sekurang-kurangnya lebih terurus? Bukannya saya tidak mensyukuri nikmat dan kurniaan dari Allah tapi sebagai manusia, kita sentiasa tidak berpuas hati dengan kehidupan ni.. Tanyalah siapa pun di dunia ni, tentu ada detik-detik yang sukar untuk dilaluinya...Emm.. inilah namanya kehidupan.. tanpa masalah atau jalan-jalan yang berliku, tentu kita sebagai manusia tidak mengenal erti kehidupan yang sebenar..


Dulu masa kecil-kecil, selalu dengar orang sekeliling memperkatakan bahawa alangkah gembiranya hidup ini sekiranya kita masih anak kecil.. tak perlu memikirkan soal kewangan, soal makan minum dan segala persoalan yang perlu dipikirkan oleh orang dewasa.. Semakin dewasa seseorang itu, semakin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Semakin dewasa seseorang itu, semakin berat tanggungjawab yang perlu ditanggung.


Adakah saya sanggup memikul tanggungjawab yang lebih besar tika usia saya semakin meningkat? Mungkin sebab itu, Allah tidak mengizinkan saya bernikah dengan Yusuff. Mungkin Allah lebih tahu yang saya tak sanggup atau tidak boleh menanggung tanggungjawab sebagai seorang isteri, peneman saat susah dan senang untuk Yusuff dan saat usia Yusuff semakin meningkat, saat Yusuff sakit/ tidak sihat.. Allah Maha Mengetahui sesuatu itu dan saya tidak akan sesekali mempersalahkan Allah di atas apa yang akan berlaku. Kerana setiap apa yang telah dan akan berlaku itu ada hikmahnya..





Mungkin saya perlu menjalankan tanggungjawab sebagai anak sulung yang solehah terlebih dahulu. Perlu lebih menjaga adik-adik saya yang ramai. Dan yang paling penting perlu mendapatkan sumber pendapatan/ kewangan yang stabil.. Maklumlah sekarang ni pun saya bekerja sebagai pegawai kerajaan berstatus kontrak sahaja.. Dapat kerja ni pun atas jasa bapa saya.. Huh... makin lama usia makin meningkat dan makin sukar untuk saya mendapatkan pekerjaan tetap...Tetapi saya besyukur kepada NYA kerana sekurang-kurangnya saya tidak menganggur atau dalam istilah lain tidak bekerja langsung..


Read more...

Sabtu, 13 Februari 2010

Mencari buku membuat blog!

Nak buat apa ye hari ni?
Ari ni aku nak cari buku untuk buat blog!!!Agak-agaknya mana satu pilihan hati...nak mulakan hidup dengan mencari arah tuju yang betul seperti yang Yusuff perkatakan kepadaku minggu lepas...


Read more...