Isnin, 12 Julai 2010

Lagu favourite buat masa ni..







Lagu nyanyian kumpululan Radja bertajuk "Terus terang"




Ni lirik bagi lagu tersebut:

jangan pernah kau katakan woo woo
bahwa cintaku terlarang woo woo
karna tak ada yang tahu
arti cinta sesungguhnya

cinta datang dari tuhan woo woo
yang tak mungkin ku hindarkan woo woo
karna aku manusia
yang pastinya butuh cinta

reff:
kepadamu aku terus terang
bahwa aku memang masih sayang
demi kamu aku relakan perpisahan

hanya kamu yang aku sayang
bersamamu jiwaku melayang
demi kamu aku relakan perpisahan

cinta datang dari tuhan woo woo
yang tak mungkin ku hindarkan woo woo
karna aku manusia
yang pastinya butuh cinta

repeat reff

cinta datang dari tuhan woo woo
yang tak mungkin ku hindarkan woo woo
karna aku manusia
yang pastinya butuh cinta

repeat reff

ooo perpisahan

cinta datang dari tuhan


Read more...

Selasa, 6 Julai 2010

Gambar bercuti di Korea


Pernah tak anda pergi ke tempat-tempat terindah macam ni?? 






Read more...

Jumaat, 2 Julai 2010

Ucapan saya di majlis "morning prayers"

Di Bahagian ni (tempat saya bekerja kontrak sekarang), setiap hari Isnin akan ada satu majlis dinamakan morning prayer. Ala-ala macam perhimpunan masa di sekolah dulu.. Tup-tup tiba lak giliran saya untuk berucap pagi Isnin tu.. Alamak..berdegup gak jantung saya ni.. Dapat memo memaklumkan yang saya kena bagi ucapan ni pun hari Khamis (minggu sebelumnya). Agak kelam kabut la saya menyiapkan teks ucapan saya. Dicampur pula dengan keadaan saya yang tak biasa nak berucap di depan khalayak ramai. Jadi saya pun sediakanlah teks ucapan seperti berikut……

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi diucapkan kepada Setiausaha Bahagian xxxxx (nama Bahagian saya bekerja, TSUB-TSUB, KPSU-KPSU,dan rakan-rakan sekalian.
Pada pagi ini,tibalah giliran saya  xxxxxxxx (nama saya) pula untuk memberikan ucapan pada majlis “Morning Prayer” ini.

Saya akan memperkatakan mengenai Tips-tips Untuk Rasa Seronok Bekerja.

Setiap hari anda bekerja, 5 hari seminggu, 20 hari sebulan. Saban hari semakin banyak masa disedekahkan pada komitmen di tempat kerja. Overtime, outstation, mesyuarat, kursus, seminar, konvensyen dan banyak lagi. Kerja sudah menuntut peratusan yang besar dalam kehidupan kita sehari-harian.

Apabila sebahagian besar hidup kita diperuntukkan untuk kerja, kenapa kita perlu tertekan dengan kerja? Adakah kita perlu habiskan masa sehingga lapan jam sehari berada dalam keadaan stress dan murung? Tertekan atau tension? Adakah perlu begitu?

Kebiasaannya, kita tertekan/stress adalah disebabkan oleh tiadanya perasaan seronok untuk menjalankan sesuatu pekerjaan atau tugasan atau dengan kata lain, terpaksa untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan. Suka atau terpaksa melakukannya,kerja merupakan suatu ibadah, amanat dan tanggungjawab kita kepada agama, negara dan bangsa.  

Golongan pekerja yang selalu murung / tak bersemangat di tempat kerja dapat dilihat melalui tingkat laku seperti setiap petang hari Jumaat, langkahnya laju meninggalkan pejabat sambil tersenyum riang. Apabila tiba pagi Isnin, terasa berat kaki dan hati untuk melangkah semula ke pejabat. Sekiranya fenomena ini berterusan, ia akan merudumkan paras produktiviti seluruh pekerja dalam negara kita.

6 sebab orang tak ceria/seronok di tempat kerja, antaranya :
  • mereka tak nampak perlunya keceriaan dan keseronokan di tempat kerja,
  • kebanyakan orang jarang berdoa untuk menjadi seronok di tempat kerja
  • mood yang bertukar-tukar, tak terkawal dan asyik dilanda ‘bad mood’.
  • suasana kerja yang membosankan,
  • masalah-masalah peribadi terbawa ke tempat kerja sehingga tenggelamnya rasa seronok bekerja.
  • kurang sihat, fizikal dan mental.
Justeru, bagaimana mengatasi permasalahan ini?
Caranya adalah, tanamkan keseronokan bekerja di dalam diri masing-masing. Bagaimana pula mewujudkan rasa seronok itu
Beberapa tips ini di harap dapat memberikan keseronokan sewaktu bekerja:


1.       Sentiasa berdoa agar diberikan keseronokan untuk bekerja.

·         Tiap-tiap hari apabila anda bangun pagi, berdoa dan memanjatkan kesyukuran pada Tuhan kerana anda masih lagi diberi nikmat untuk hidup dan sihat.  Sebelum melangkah masuk ke pejabat, mulakan dengan niat bekerja kerana Allah (Tuhan). Perlu mengingati Tuhan dalam setiap perkara yang dilakukan. Perlu menyempurnakan ibadah-ibadah wajib pada waktunya. Perlu menyempurnakan hak orang lain, terutamanya janji

2.      Memulakan keseronokan dalam diri.

Keseronokan dan keceriaan bermula daripada diri kita.
  • Jangan mengharapkan keseronokan dimulai oleh orang lain. Jangan ikut mood orang lain dan jangan keje mengikut mood. Kita kena pandai mengawal mood, supaya keceriaan dan keseronokan bekerja sentiasa ada.
·         Tangkis segala perasaan marah, dendam, iri hati, cemburu, sakit hati dan sebagainya.  

·        Jangan izinkan orang lain buat kita tak ceria dan tak seronok.

·     Ceriakan orang di sekeliling anda, maka segala kerja yang berkaitan akan jadi seronok dan mudah

·       Bantu rakan-rakan dalam melakukan kerja akan membuatkan kita rasa seronok

3.       Minda Positif/tanamkan sifat positif dalam diri

·       Elakkan dari berfikir unsur-unsur negatif dan bercakap mengenai perkara-perkara yang negatif. Bataskan pergaulan dengan orang-orang yang berfikiran negatif
Mempunyai semangat yang kuat dan mampu menerima cabaran yang mendatang.
Bersikap tenang dan lakukan kerja dengan menetapkan matlamat/pencapaian yang perlu dipenuhi setiap hari.

4.       Sentiasa memaafkan semua orang sebelum tidur

·         Stress di tempat kerja kadang2 timbul disebabkan oleh perasaan tidak puas hati dengan rakan sekerja,bos atau sesiapa sahaja di tempat kerja

5.       Ubah rutin harian.

Kalau rasa bosan/penat, buatlah senaman-senaman ringan. Cuba ubah rutin harian anda menjadi lebih menarik. TUKAR SUASANA pejabat seolah-olah anda sedang berada di rumah anda.

Macammana nak tukar suasana?


1- Hias meja/tempat bekerja

Anda boleh letak bunga dalam pasu kecil dan letakkan atas meja/tempat anda. Boleh juga lekatkan gambar-gambar suami/isteri, anak-anak, ibu bapa atau gambar sesiapa saja yang anda suka. Selain itu, boleh juga lekatkan kata-kata motivasi yang boleh membakar semangat anda.



           2- Jangan biarkan meja bersepah

Susunlah dokumen dan kertas-kertas atas meja anda dengan rapi. Jangan biarkan ia berserabut, bersepah dan kusut masai. Sebab ia hanya akan memeningkan kepala anda.


3- Sembur ‘air freshener’ kegemaran anda

Ambil inisiatif untuk beli ‘air freshener’ kegemaran sendiri. Semburkan ‘air freshener’ untuk memberikan kesegaran di tempat duduk anda.



           4- Tukar ’style’ tempat duduk sekali sekala

Apabila anda rasa sedikit bosan dengan kedudukan barang-barang, anda boleh lakukan beberapa pertukaran  Contohnya, tukar susun atur barang-barang di meja anda, tukar tempat letak tray dokumen, tukar bunga, tukar gambar desktop dan macam2 lagi. Pendek kata, cuba ubah ’style’ meja tempat duduk supaya menjadi lebih ‘fresh’ dan ‘baru’. Dengan itu,anda dapat merasakan satu suasana yang berbeza dan ‘fresh’.

Bila kita seronok bekerja, kita akan :    
  • sihat mental dan fizikal
  • mempamerkan air muka yang ceria
  • lebih produktif
  • otak akan menjadi lebih kreatif
  • akan dapat ramai kawan dan orang senang berkawan, aura keseronokan memancar pada orang lain
  • jadi lebih positif
  • Kita akan lebih bahagia apabila kita seronok bekerja kerana hati yang gembira akan membuatkan kerja kita jadi seronok,
Akhir kata, Jadikanlah pekerjaan anda sekarang sebagai universiti. Tempat berlatih untuk mempersiapkan diri dalam rangka menjadi pekerja yang serba boleh dan serba tahu.
Sekian terima kasih.


Then selesai je ucapan saya, saya dapat tepukan gemuruh.. Huh..lega rasanya. Masa saya bagi ucapan tu, ada gak yang tergelak dan ketawa mendengar ucapan saya. Maklumlah saya masukkan “jokes” sekali.. Ada yang bagi komen, intonasi dan gaya saya cakap. Diaorang cakap macam guru besar tengah bagi ucapan. HAHAHA… 

Apa-apapun saya rasa bersyukur dan gembira dapat memberikan ilmu dan sedikit panduan kepada meraka semua…




Read more...