Sabtu, 2 Mac 2013

Not A Perfect Person

Kekadang aku rasa aku ni bersifat melampau...kekadang aku rasa aku ni boleh jadi diam sediam diamnnya..kekadang aku jadi ramah. Wawa cakap aku ni memang jenis yang lambat 'warming up" dalam bab bab banyak cakap ni.aku hanya ramah tamah dengan orang yang aku betul betul dah rapat ataupun dah kenal mesra.dan satu kekurangan yang selalu aku perasan,aku ni memang tak reti nak mesra dengan orang yang lebih berusia dariku.kiranya aku ni 'kurang' bijak mencari topik perbualan dengan orang yang lebih tua dariku.. Huhu.. Terlalu banyak yang aku perlu belajar di dunia yang fana ini.. Banyak ilmu lagi yang perlu aku 'timba'.. Aku hanyalah manusia yang serba kekurangan.. Kekadang kita ni,bila nak cuba untuk mengatasi kekurangan diri sendiri,kita berjaya tapi dalam masa yang singkat sahaja..kekadang dalam masa satu ari,kekadang dalam masa dua jam.pastu kita dah berubah semula kepada sifat asal kita..huhu.. Takde konsistensi. Berusaha untuk berubah takkan berjaya kalau tak de konsistensi.. Perlukan usaha yang berterusan.. Moga aku istikamah dan konsisten dalam membuat perubahan ke atas diriku.moga allah merestui usahaku untuk berubah. Amin...


Read more...