Aku bertuah...dilahirkan ke dalam sebuah keluarga yang x kaya dan x miskin..hidup sederhana.mungkin ada di pejabat,nampak aku dari orang yang 'berada'. Maklumlah...bapaku berjawatan tinggi.tapi rata rata orang yang kenal aku,aku x lah se'berada' bapaku tambahan pula dari segi penampilan luaran (pakaianku).. Jujur ku katakan,bajuku bertukar ganti 2minggu sekali.hehe...aku suka berpendirian 'yg kaya itu bapaku,bukan aku'.
Aku lebih suka orang kenal aku apa adanya diriku.tak mahu berselindung di sebalik bapaku atau mamaku..bkn mereka orang kaya,dato/datin.malah mereka mencari nafkah seperti bapa dan mama teman temanku yang lain.
Ku akui...semua yang ada di rumah ini hak milik bapa dan mamaku.bapaku yang telah berusaha keras untuk berjaya mendirikan 'masjid'nya dengan tulang empat keratnya.bapa dan mama seorang yang susah di waktu kecilnya. Namun mereka tentu berbangga sekarang punya ruang untuk 'bernafas' kerana usaha mereka berjaya.
Aku punya impian mahu berjaya seperti mereka.aku punya impian untuk hidup bersama sama dia.bersusah senang mencari wang untuk membina 'masjid' kami tanpa kami membelakangkan agama dan Allah..moga perjalanan kami nanti dipermudahkan oleh Allah. Moga Allah permudahkan segala usaha kami berdua.moga hati kami berdua disatukan dan moga kami mendapat apa yang dihajati.hidup kita sebagai manusia salah satunya untuk kita berdoa.bergantung hidup pada Allah.berharap dan berdoa pada Allah...ku kan terus berdoa dan berdoa..moga ada sinar walau ia di hujung nyawaku..
LIFES MUST GO ON!! WE MUST BE STRONG ENOUGH TO FACE THE CHALLENGES.. DO NOT FEEL FRUST..PRAY TO ALLAH AND HE WILL BRIGTHER YOUR PATH.. -HIDUP PERLU KE ARAH YANG POSITIF SEKIRANYA BAHAGIA YANG KITA MAHU-
Ahad, 27 Januari 2013
Campur Campur
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan