Saya sayang dia..Saya faham perasaan dan situasi dia. Perasaan serba salah yang dia cerita pada saya.. Maafkan saya. Bukan niat saya untuk melontarkan suara mengada-ngada atau kebudak budakkan itu apabila berbincang tentang perkara yang serius dengan dia..I'm sooo sorry dear
Dia lelaki dan seperti apa yang dia cakap lelaki akan pikir sesuatu perkara itu sedalam dalamnya sebelum membuat sesuatu keputusan. Tambah-tambah apabila keputusan itu akan melibatkan banyak pihak terutamanya family saya.
Ketahuilah sayangku, saya sedih..Sedih mengenangkan abah mak saya..sedih mengenangkan setiap kata-kata sayang pada saya tentang ia. Setiap kata-katamu benar-benar belaka..Saya tak ragui dan tak sangsi kebenaran kata-katamu, sayangku..
Maafkan saya sayang...Sukar untuk saya ungkapkan ini. Kalau termampu ungkapkan pun, ianya dalam nada yang perlahan.. Sorry!! Walaupun kata-kata maaf ini tak mungkin akan mengubah lukanya dan pedihnya atimu melihat reaksiku yang begitu, tapi tiada perkataan yang lebih manis dari maaf...
Sayang..ku berjanji akan menjaga cinta kita selalu..Ku berjanji takkan benarkan yang lain bertakhta di hatiku.. Semoga dia mengerti bahawa diriku memang memerlukan dia dalam hidupku untuk selama-lamanya...
Saya tak nak bergaduh dengan sayang.Maybe nada saya yang tinggi itu 'mencabar' sifat lelaki padamu,namun saya minta maaf. Saya berjanji untuk berubah walaupun perubahan itu akan memakan masa yang lama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan