Isnin, 13 Februari 2012

Mak...

Saya sudah lupa sejak bila saya mengenal mak dia. Pada ketika itu umur maknya genap 70 tahun(pada tahun 2011). Mak dia yang saya kenal seorang wanita yang kuat. Kuat semangat dan seorang yang sangat baik..Saya memanggil mak dia dengan panggilan mak juga.Kerana saya turut menganggap mak dia sebagai mak saya. Dan saya sebagai ‘orang luar’ sangat sayangkan mak sepertimana saya turut menyayangi mak dan abah saya. Saya hormat pada mak dia.. (malah mungkin saya lebih hormat mak dia berbanding dirinya.hahaha)

Saya sedar,syurga dia di bawah kaki mak dia..dan sekiranya ada jodoh dia dan saya,mak dia juga akan jadi 'syurga' buat diri saya. Memang mak ada penyakit (darah tinggi,kencing manis,sakit jantung) tetapi penyakit itu masih boleh dikawal sekiranya mak dijaga makan dan minumnya.. Mak pun rajin pergi ke klinik dan hospital bagi memenuhi temujanji dengan doktor walaupun kekadang mak ‘penat’ dan tak larat ke klinik kesihatan setiap minggu. Dan saya rasa ia sesuatu yang normal sekiranya pabila kita sudah tua,kita akan diserang pelbagai jenis penyakit walaupun kita telah menjaga kesihatan kita di masa muda kita. kerana ini semua(kesihatan dan kesakitan) ketentuan dari Allah.

Saya suka bawa mak berjalan-jalan.Sebab saya pun ‘kaki jalan’ gak..Walaupun mak sudah tidak berapa nak larat berjalan,tetapi mak tetap bersemangat untuk ‘melihat dunia luar’. Saya tidak kisah malah gembira bila keluar ‘dating’ dengan membawa mak sekali. dan sejujurnya,saya suka bila melihat dia dan mak dia berborak-borak. Saya rasa bahagia walaupun saya sendiri tak pasti kenapa saya rasa begitu.

Sejak tahun 2012 ni,sudah hampir sebulan lebih saya tidak berjumpa dengan mak. Namun kami bukan bermasam muka tetapi saya sendiri sibuk dengan urusan saya. Dan tetiba pada 11/2/2012 iaitu pada hari Sabtu,dia memaklumkan kepada saya yang mak sakit. Tetiba mak ‘tak nampak’. Seolah-olah pandangan mak kabur. Saya terkejut!! Dan bermacam-macam benda bermain di dalam fikiran saya. Namun saya tidak putus-putus berdoa semoga tidak ada apa-apa yang berlaku pada mak. Cemasnya saya pada waktu tu. Nak buat apa kerja pun tak jadi. Saya teringatkan mak..saya teringatkan dia..

Setibanya dia di rumah yang mak duduki, dia memaklumkan bahawa dia sedih melihat mak..Dan yang paling sedih sekali,mak seolah-olah seperti budak 5 tahun.Mak tersenyum jer dan mak tidak kenal sesiapapun kecuali dirinya. Muka mak bengkak teruk. Ya Allah…’gugur’ hati saya bila mendengar berita ini..Namun doa saya tak putus-putus untuk mak.

Saya tak sanggup kehilangan mak..Dan yang lebih pilu ialah dia…Saya tak sanggup melihat dia sedih dan bermuram kerana melihat mak begitu. Saya tahu dia amat-amat sedih dan serba salah..Saya tahu dia rasa terkilan.Kerana mak lah salah satu darah dagingnya yang paling rapat dan akrab dengannya. Tempat dia bergantung dan berkasih sayang.Tempat dia mencurahkan pahit dan manis mengenai kehidupan ini.malah dia mengharungi segala kesedihan atau kepahitan hidup selama ini bersama-sama mak.

Mak didukung ke dalam kereta oleh dia dan dihantar ke hospital. Mak masuk wad kecemasan. Doktor merawat mak. Dan akhirnya...Mak kesayangan dia dan saya pulih seperti sedia kala. Mak dah kenal orang sekelilingnya.Fuh…Alhamdulillah…syukur padamu Allah!! Terima kasih Allah.. Saya rasa lega yang teramat. Rasa seolah-olah batu yang tadi menghempap saya telah berjaya ditolak ke tepi. Perasaan syukur, gembira kerana mak telah pulih dari ‘mimpi’ itu.

Semalam (Ahad), saya telah melawat mak di hospital. Saya gembira kerana mak telah sihat seperti biasa. Mak dah boleh bangun dari katil tanpa sebarang bantuan. Mak dah boleh makan, minum dan melakukan aktiviti-aktiviti seperti orang yang sihat.. Saya happy sangat-sangat!! Gembiranya hanya Allah sahaja yang tahu. Dan saya telah memeluk dan mencium pipi mak. Menyatakan padanya supaya cepat sembuh agar selepas ni boleh lah kita pergi berjalan-jalan lagi.. J Alhamdulillah…TERIMA KASIH ALLAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan