Saya akan mengerjakan umrah pada 7 Mac 2012 sehingga 23 Mac 2012. Fuh!!satu jangka masa yang lama. Perasaan di hati saya kini berbelah bahagi. Sedih bila mengenangkan saya perlu meninggalkan orang tersayang di Malaysia namun dalam masa yang sama saya rasa teruja @ gembira @ takut dan macam mana lagi apabila saya akan pergi ke rumah Nya dan menghadapNya..PENCIPTA YANG SATU..
Saya perlu kuatkan semangat dan hati untuk berjauhan sementara dari si dia..Sabar lah wahai hatiku dan hatinya..Saya akan doakan sayang selalu di sana nanti. Saya akan doakan mak juga di sana. Saya akan doakan kebahagiaan kita banyak-banyak..
Sayang..ketahuilah...ku tak sanggup berjauhan darimu..Hidupku tak ceria tanpamu..(namun ku perlu kuat di depanmu walaupun atiku pun cukup sedih bila berjauhan darimu). Sayang, ku mahu kau tahu..Hidupku sungguh bermakna bila dirimu berada di sisiku (sebenarnya saat dirimu 'muncul' di dalam hidupku).
Sayangku..tiada kata yang mampu ku ucapkan saat diriku akan berjauhan darimu.Namun hanya jasad saya yang berjauhan dari sayang.Ati saya akan sentiasa dekat dengan sayang walau di mana saya berada. Saat menjejakkan kaki ke sana nanti, andai saya 'terlupa' seketika kepada sayang (Kerana orang cakap kalau pergi sana, kita tak ingat dah yang di sini. Hanya ingat Allah saja), itu hanya kerana ingatan saya akan beralih lebih kepada ALLAH..Bukan kerana wujud insan lain di dalam hati saya.Dan saya faham bahawa sayang pun tentu akan mengerti situasi saya ini.
Sayang...banyak benda saya nak cakap dengan sayang. Tentang kesepian saya nanti.Tentang kesunyian saya. Tentang perlunya sayang di dalam setiap 'langkah' saya. Namun saya perlu utamakan Allah.Kerana dengan kuasa Allah jugalah kita berjumpa.dan ketahuilah saya ke sana untuk kita.Supaya kita mendapat 'kuasa' Allah agar hubungan kita nanti akan mendatangkan lebih rezeki, lebih ceria, lebih dirahmati dan lebih diberkati olehNya.Kerna dengan 'kuasa' DIA sahajalah apa-apa yang mustahil di dunia ini akan berlaku dengan izinNya.
Sayang..mahu ku kucup tanganmu puas-puas..Moga kau maafkan aku sepanjang perkenalan kita. Saya tak tahu nasib saya di hadapan Nya lagi (entah balik ke Malaysia semula ataupun tidak). Tapi saya mahu kamu tahu yang aku sayang bangat sama kamu. Terlalu mencintaimu..
Terima kasih kerana sering mengungkapkan kata-kata cinta kepadaku. Walaupun ku tahu kau bukan jenis suka cakap madah-madah cinta namun kata-kata cintamu tersusuk dalam ati dan sanubariku.Kerana kekadang bila dirimu mengungkapkan ia, ku terasa mahu mengalir air mataku. Ku berasa syahdu dan sayu..Namun dalam masa yang sama ku gembira kerana kata-kata itulah pemberi semangat untukku saat ku terasa 'dibuli'..(hehehe)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan