Aku menerima segala apa yang telah dan akan terjadi di dalam hidupku dengan hati yang redha dan pasrah. Dan apa pun yang akan berlaku kelak dalam hidupku baik dari segi kehidupan sosial, kerjayaku dan amal ibadatku,aku perlu pasrah dan tabah. Belajar untuk menerima ketentuan Allah. Kerana tidak semua benda di dalam hidup ini yang kita mahu dan suka, kita akan dapat. Kerana hanya YANG MAHA AGUNG sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya ini.
Pasrahku hanya akan muncul selepas ku berusaha..setelah ku jatuh dan berusaha lagi. Semoga Allah menetapkan hatiku untuk terus mensyukuri nikmat Allah dan tidak jemu untuk berusaha. Semoga diriku akan menjadi insan yang tabah, pasrah dan redha dengan segala-segalanya dalam hidupku.
Biar apa pun terjadi nanti, aku tahu..ALLAH sentiasa ada di sisiku..DIA akan sentiasa menjagaku.DIA akan terus memandangku tanpa rasa jemu..DIA tak akan terlepas pandang mengenai hambanya yang ini. DIA hanya ingin menguji dan terus menguji hambanya ini. DIA mahu hambanya ini kuat dari segi emosi dan mental kerana DIA tahu hambanya ini memang lemah dari segi itu..
Semoga kegembiraan yang DIA hadiahkan untuk hambanya ini takkan membuatkan hambanya ini alpa dan lupa padaNYA..Semoga kesedihan yang DIA kirimkan untuk hambanya ini takkan membuatkan hambanya ini 'lari' dari taat dan kasih kepadaNya serta menyalahkan diriMU Tuhanku..
Ya ALLAH..Kau satu-satunya yang mampu menjadi penunjuk dan petunjuk arah kepadaku..Tempat ku sandarkan hidup dan matiku..Tempat ku mengadu siang dan malamku. Tempat ku meluahkan apa sahaja kegembiraan dan kesedihan dalam hidupku. Kau titipkanlah seseorang di dalam hidupku untuk dijadikan peneman dan pendamping di sisiku. Semoga kehadiran insan yang bergelar lelaki akan membuatkan hidupku sentiasa mengenangMU...
Andai dia adalah pemilik tulang rusukku, aku menerima dia seadanya (baik dari segi kekurangan dirinya mahupun kelemahan dirinya) tanpa aku perlu menyiasat kisah silamnya. Kerana ku tahu, ALLAH telah hadiahkan sesuatu (dia yang ku sayang) yang sesuai dan yang terbaik untuk diriku.Namun sekiranya dia bukan jodoh yang telah tertulis sejak azali buat diriku, aku pasrah kerana ku tahu diriMU Tuhanku Yang Maha Mengetahui.. :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan