Isnin, 9 April 2012

Rasulullah

Rasulullah....Kekasih Allah...Ku bersyukur kerana dapat 'melihat' tempat tinggalmu..tempat Engkau menyebarkan dakwah dan agama Islam. Tempat Engkau bertungkus lumus menegakkan agama yang satu ini. 

Pilu ati ini..Ku tak pernah rasa sepilu ini.Pilu bila mengenangkan begitu banyak pengorbanan dan kepayahan yang Engkau curahkan untuk agama ini dan untuk umatmu. Tiada yang lebih layak menjadi kekasih Allah selain dari dirimu Ya Rasulullah. Begitu susah dan payahnya dirimu ketika menerima wahyu. Ku diberikan kesempatan untuk mendaki Gua Hira'.Terasa payahnya dan sukarnya namun kucekalkan ati dan kuatkan semangat untuk meneruskan perjalanan sehingga ke puncak sana. (mungkin sebab aku ni bukan atlet dan fit enough untuk mendaki secara tiba-tiba walaupun selalu mengimpikan hidup melakukan aktiviti lasak seperti mendaki) Pabila mendaki gua tersebut,ku terbayangkan saat-saat dirimu mendaki ke atas sana. YA ALLAH..begitu kuat nya dirimu..Begitu tabahnya atimu.Begitu semangatnya jiwamu..Saat ini, ku terasa lemahnya mental dan fizikalku..Jika difikir-fikirkan,apalah sangat mendaki gua hira' ini berbanding dugaan mu dalam menyebarkan Islam..Mendapat tentangan yang hebat dari kaum Quraisy.. 

Rasulullah...Engkaulah insan yang kedua ku sayang dalam hidupku kini..Kerana tanpamu, apalah agama yang akan aku anuti..Terima kasih kerana telah menyedarkan aku bahawa aku merupakan seorang yang beragama Islam. dan sesungguhnya islam itu adalah agama yang benar.Kerana ketika saya berada di Madinah dan Makkah, bermacam-macam 'bukti' yang menunjukkan agama yang sebenar-benarnya hanya satu.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan