Khamis, 19 Januari 2012

Sayang kamu!!

Saya sayang kamu..sangat-sangat sayangkan kamu.. Sanggup bersusah dan senang keranamu dan bersamamu. Walaupun susah, tapi saya tahu, hati saya akan gembira dan bahagia asalkan ada kamu di sisiku.


Apa istimewanya kamu di mataku? Entah la..kekadang saya sendiri pun tak faham.Kenapa saya boleh menyintai seseorang sekuat ini? dan saya yakin kamu juga kerap terfikir perkara yang sama tentang diriku. Cuma kamu tidak menyatakannya kepada diriku.. Saya kagum dengan diri saya sebab saya boleh jadi sekuat @ setabah@ secekal ini untuk mengharungi ini semua bersamamu. 

Dulu,diriku selalu bertanya..kenapa kamu suka saya. Adakah kerana saya suka kamu?atau adakah kerana kamu kesian kat saya?atau adakah kamu rasa 'perlu'nya ada kamu di sisi saya? Dan kini..diriku sudah tidak kisah/ peduli untuk mengetahui sama ada dirimu menyayangi diriku kerana apa..Kerana bagiku, itu semua tidak penting. yang penting dirimu sentiasa dekat di hatiku 

Apa yang penting untukku sekarang, asalkan dirimu bahagia. Asalkan dirimu gembira. Itu sudah cukup untuk buat diriku terasa turut bahagia dan gembira. Jika dirimu bahagia dan gembira, sesungguhnya diriku juga turut bahagia dan gembira.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan