Isnin, 30 Januari 2012

Cinta...

Hidup tidak selalu indah..cinta tidak selalunya memiliki dan dimiliki..Untunglah pada sesiapa yang saling mencintai dan dicintai serta hubungan mereka berakhir sebagai suami dan isteri.


Bahagia itu terlalu subjektif. Cinta pun subjektif. Ku bahagia bila dia bahagia.. Namun sekiranya bahagia dia itu bersama-sama orang lain, aku tetap akan bahagia. Bahagia bagi pihaknya..  Ku takkan marahkan dia. Ku takkan salahkan dia. Kerana ku tahu dia sudah cuba untuk menjadi yang terbaik untuk semua orang di sekelilingnya termasuk untukku..Hati dan perasaannya,hanya dia sendiri yang tahu siapa yang di hatinya.

Aku faham..dia pernah menderita.dia pernah disakiti.Dia pernah dilukai. Malah dia terlalu penat disakiti,dilukai..dan dia tak pinta semua ini berlaku di dalam hidupnya. Dia berhak mendapatkan kebahagiaan itu walau dengan sesiapa pun.. Aku pasrah. Aku redha dan aku tak salahkan takdir atas semua yang terjadi ini.. Namun aku tetap bersyukur. Di beri peluang menyayangi dan mencintainya. Kerana dirimu begitu berharga untuk dilukai..untuk dikhianati dan untuk disakiti..

Aku sayang kamu.. Terlalu sayangkan kamu..Aku ingin dirimu bahagia..Aku ingin melihat senyum mu yang 'puas' kerana dapat merasa bahagia walaupun ia mungkin sudah atau agak lewat (jika diukur dari segi usia).

Carilah dan kejarlah kebahagiaan dalam hidupmu kerana diriku takkan pernah menghalang dirimu. Diriku akan sentiasa menyokong setiap tindakanmu. Menyokongmu dari dulu lagi..sejak diriku bergelar 'adikmu'..Diriku takkan mempersoalkan setiap langkah dan tindakanmu..Diriku tahu kau mampu mendapatkan apa yang kamu mahu.

Dan percayalah..doaku sentiasa untukmu..Setiap detik dan setiap saat..  :) i'm really happy for u.. and good luck for u in the future.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan