Rabu, 7 Disember 2011

Syukurkah aku?

Petikan dari http://pemudattbc.blogspot.com :

Sebagai manusia kita takkan lari daripada masalah. Baik masalah yang kecil hingga pada masalah yang sebesar-besarnya. Setiap ujian itu datang dari Allah untuk menilai keimanan padaNya. Aadakah kita semakin jauh atau selalu dekat denganNya.

Solat salah satu cara mendekatkan diri dengan Maha Pencipta. Memohon keampunan dan merenung akan kekurangannya diri ni. Berapa kerdilnya diri kita di atas muka bumi ini. Walau sebesar mana pangkat kita sekalipun, kita semua sama di sisiNya. Berkongsi bumi yang sama dan berkongsi oksigen yang sama. Jadi tak perlu kita saling membenci di antara satu sama lain. Saling menghina dan mencerca antara satu sama lain. Kerana apa? Kamu dan amku adalah sama.

Terkadang diri terfikir akan kesilapan diri, bersyukurkah diri? Betapa banyak kekurangan dan kesilapan yang dah dilakukan. Kerdil dan hinanya diri ini. Hanya mencari dan mengenal Tuhan tika diri hanya dalam kesusahan dan serba kekurangan. Memohon agar dapat permudahkan segala kesulitan yang ada, tapi bila diri dalam keaddan suka atau gembira lupa segala dan syukur padaNya. Lupa dan kadang leka, dengan semuanya.

Merenung dan meratapi diri lagi perbaiki akan kesilapan diri. Banyak kekurangan yang harus diperbetulkan. Jauh diri takut semakin jauh..Moga diri akan dapat perbetulkan segala kesilapan sebelum terlewat untuk semuanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan