Selasa, 29 November 2011

Berfikir positif.

Hidup ini suatu perjuangan.Berjuang dari memikirkan perkara-perkara negatif di dalam kehidupan. Saya seorang yang selalu berfikiran negatif. Tapi sempena Awal Muharram yang akan menjelma, saya mahu membuat transformasi ke atas diri saya. Saya mahu menjadi seorang yang berfikiran positif. Untuk menjadi seorang yang positif, ia bukan mudah..Saya perlu berjuang. Perjuangan yang perlu dilakukan setiap hari tanpa mengenal erti jemu. (Ya Allah..kuatkanlah semangat aku untuk terus berjuang..Supaya diriku sentiasa konsisten dalam melakukan perubahan ini.) Berjuang dari mendengar hasutan syaitan dengan memikirkan perkara-perkara negatif. Saya mahu berjuang untuk mendapatkan kehidupan yang lebih bahagia bersama-sama insan yang saya sayang..Mereka anugerah dari Allah yang perlu dan patut saya hargai kehadiran mereka dalam idup saya. Dalam erti kata laen saya akan berhijrah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan