Jumaat, 7 Oktober 2011

Perjalanan hidupku kini..(Part 1)

Salam...dah lama rasanya tak update blog sendiri...semak punya semak, rupa-rupanya dah nak dekat tujuh bulan saya tak update blog saya..hehehe

Dalam masa tujuh bulan ni...emmm..macam-macam yang terjadi dalam hidupku.. dan saya dah 'officially'  tak meneruskan 'percintaan' dengan Yusuff. Actually,saya dah buat keputusan untuk tidak bercinta dengan Yusuff sejak pertengahan tahun 2010. Awal tahun 2010 pun, saya dah mula menjarakkan diri saya dengan Yusuff.. Ada alasan tertentu kenapa saya tidak meneruskan 'percintaan' dengan Yusuff.. Now, hidup perlu diteruskan dan Yusuff is no longer a part of my life.

Sekarang...saya sedang berkawan rapat pula dengan seseorang.Dia lah mat rockers!! Mat bikers :p hehhe..

Dia sentiasa menceriakan hidup saya..Dia sentiasa berusaha untuk membuatkan hidup saya gembira dan bahagia.. Perkenalan dengannya bermula di facebook.. Dan kami officially declare that we are fren on 11 Januari 2011.. Ari ni dah 7 Oktober 2011. Maksudnya dah hampir 9 bulan kami kenal..Sejujurnya, ingin ku kenali lebih banyak lagi tentang hati budinya..And satu yang ku pasti tentang dirinya, dia adalah ANUGERAH dalam hidup saya..Yang tidak saya sangka langsung akan menjadi sahabat saya yang saya sangat-sangat sayang..Dan satu doaku pada Allah, moga perkenalanku dengannya akan mendapat restu dan redha dari Allah dan kedua ibu bapa kami. Moga dia adalah jodohku..Jodoh yang telah tertulis untukku dan untuk dirinya..  Semoga dia dan diriku dapat bersama-sama selalu mengharungi liku-liku kehidupan (pendek kata:moga kami dapat berkahwin dan hidup saling melengkapi antara satu sama lain =)..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan