Hidup ni berliku-liku.. Bila la agak-agaknya kehidupan saya ini akan menjadi lebih baik/ lebih bagus atau sekurang-kurangnya lebih terurus? Bukannya saya tidak mensyukuri nikmat dan kurniaan dari Allah tapi sebagai manusia, kita sentiasa tidak berpuas hati dengan kehidupan ni.. Tanyalah siapa pun di dunia ni, tentu ada detik-detik yang sukar untuk dilaluinya...Emm.. inilah namanya kehidupan.. tanpa masalah atau jalan-jalan yang berliku, tentu kita sebagai manusia tidak mengenal erti kehidupan yang sebenar..
Dulu masa kecil-kecil, selalu dengar orang sekeliling memperkatakan bahawa alangkah gembiranya hidup ini sekiranya kita masih anak kecil.. tak perlu memikirkan soal kewangan, soal makan minum dan segala persoalan yang perlu dipikirkan oleh orang dewasa.. Semakin dewasa seseorang itu, semakin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Semakin dewasa seseorang itu, semakin berat tanggungjawab yang perlu ditanggung.
Adakah saya sanggup memikul tanggungjawab yang lebih besar tika usia saya semakin meningkat? Mungkin sebab itu, Allah tidak mengizinkan saya bernikah dengan Yusuff. Mungkin Allah lebih tahu yang saya tak sanggup atau tidak boleh menanggung tanggungjawab sebagai seorang isteri, peneman saat susah dan senang untuk Yusuff dan saat usia Yusuff semakin meningkat, saat Yusuff sakit/ tidak sihat.. Allah Maha Mengetahui sesuatu itu dan saya tidak akan sesekali mempersalahkan Allah di atas apa yang akan berlaku. Kerana setiap apa yang telah dan akan berlaku itu ada hikmahnya..
Mungkin saya perlu menjalankan tanggungjawab sebagai anak sulung yang solehah terlebih dahulu. Perlu lebih menjaga adik-adik saya yang ramai. Dan yang paling penting perlu mendapatkan sumber pendapatan/ kewangan yang stabil.. Maklumlah sekarang ni pun saya bekerja sebagai pegawai kerajaan berstatus kontrak sahaja.. Dapat kerja ni pun atas jasa bapa saya.. Huh... makin lama usia makin meningkat dan makin sukar untuk saya mendapatkan pekerjaan tetap...Tetapi saya besyukur kepada NYA kerana sekurang-kurangnya saya tidak menganggur atau dalam istilah lain tidak bekerja langsung..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan